Chapter 23

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 23

Badrul mengambil dompetnya dan mencari sekeping gambar Natasha berukuran pasport yang telah disimpannya beberapa tahun di situ. Dia juga mengeluarkan sebentuk kunci pemberian Natasha semasa mereka makan malam di Restoran Bali Thai.

Badrul belum sempat lagi pergi ke bangunan pejabat HURIMA seperti yang dipinta oleh Natasha. Di masih ingat Natasha menyatakan bahawa kunci itu diberikan oleh Salahuddin dan loker kepada kunci itu pula mengandungi satu salinan bukti mengenai kes yang diuruskan oleh Natasha.

Sambil mengambil nafas yang panjang, perlahan-lahan Badrul menutup matanya. Dalam keletihan, akhirnya Badrul tertidur.

Pertandingan yang dimaksudkan oleh Rafael dan Randi tengahari tadi sebenarnya adalah pertandingan beradu kekuatan yang diadakan di kalangan ahli kumpulan Kemaruk Hitam setiap bulan.

Semua ahli kumpulan harus memberitahu kepada Randi apakah jenis pertandingan yang mereka mahukan seminggu sebelum itu dan Randi akan mengumpul semua ahli kumpulan untuk menonton pertandingan ini. Sebagai ketua kepada ahli kumpulan Kemaruk Hitam, Rafael memberi ucapan sebelum membuka pertandingan itu dan mengumumkan jumlah hadiah yang akan dibawa pulang oleh pemenang.

Menurut penerangan Randi, anggota kumpulan Kemaruk Hitam ini kebanyakannya bekerja dengan KH Intelligent dan akronim KH dalam KH Intellingent sebenarnya adalah singkatan kepada Kemaruk Hitam sendiri.

Majlis malam itu diteruskan dengan pengumuman-pengumuman penting oleh Randi disusuli pula dengan ucapan Rafael sebagai ketua kumpulan. Majlis itu dihadiri oleh hampir lima puluh orang yang semuanya lelaki. Mereka berpusu-pusu berkumpul di tepi sebuah gelanggang yang dibuat daripada pacakan empat batang kayu yang dililit dan dihubungkan antara satu sama lain dengan tali yang hampir sebesar lengan.

Rafael pula berdiri di satu tempat yang dibina khas di atas sebuah pangkin yang menyerupai rostrum. Malam itu, Rafael telah memperkenalkan Badrul kepada semua ahli kumpulan Kemaruk Hitam yang hadir. Rafael sudah mula memanggil Badrul sebagai Bard.

"Bard akan berada dalam kumpulan kita mulai hari ini. Semua haruslah membantu Bard jika dia berada dalam kesusahan!" Rafael memberikan kata-kata aluan memperkenalkan Badrul kepada semua yang hadir dengan gaya seorang pemimpin. Setelah Rafael habis memberi ucapan, Randi bangun membuat pengumuman.

"Malam ini kita akan menyaksikan pertandingan antara Rajan dan Semail, gusti gaya bebas!!" sebaik sahaja pengumuman dilakukan oleh Randi, semua ahli kumpulan Kemaruk Hitam bersorak dan bertepuk tangan lantas mendekati gelanggang gusti sementara yang di buat di kawasan tanah lapang yg datar berdekasan rumah agam itu. Rajan mempunyai tubuh badan yang sangat tegap dan tinggi itu telah memulakan serangan sengit kepada Semail. Semail yang mempunyai tubuh yang agak kecil kelihatan agak takut-takut menerima serangan Rajan.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah yang berlaku ketika Badrul menonton pertandingan itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience