Chapter 77

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 77

"Saya Julia, Nek," Julia menyambut tangan wanita itu sambil mengucupnya.

"Saya Salihah, tapi masa dalam tentera dahulu semua orang panggil saya Sally Rambo. Dalam kampung ni semua panggil saya Leha. Awak panggil saja saya Nenek Leha, saya pun dah tua," jawab Nenek Leha sambil tersenyum. Julia hanya menganggukkan kepalanya.

Nenek Leha membawa mereka ke menaiki sebuah jip melalui denai di tepi hutan yang berdekatan. Mereka akhirnya sampai ke sebuah rumah yang cantik tetapi agak terpencil dari jalan utama.

* * *

"Awalnya bangun. Kalau awak penat jangan segan nak tidur Julia, nenek tak kisah," Nenek Leha yang memakai seluar separas kepala lutut dan berkemeja t menjawab sambil mula bersarapan.

"Saya memang jenis orang yang bangun pagi Nek," Julia pergi ke singki dapur untuk membasuh tangan.

"Kalau begitu jemputlah makan sekali, Julia. Bard sudah pergi ke pekan. Dia akan balik nanti. Buatlah macam rumah sendiri, duduk di sebelah nenek ni," Nenek Leha menjawab sambil menarik sedikit kerusi di sebelahnya. Julia duduk di kerusi yang ditunjukkan oleh Nenek Leha.

"Berapa lama agaknya kami akan tinggal di sini, Nek? Ada Bard beritahu Nenek?" tanya Julia sambil mengambil mee goreng yang berada di meja.

"Itulah, asyik bergaduh saja," Nenek Leha menjawab sambil tersenyum. Julia tersipu-sipu malu.

"Yang Nenek tahu, bukan hari ini. Hari ini, kamu akan ikut Nenek pergi latihan menembak," Nenek Leha menyambung.

"Menembak?" Julia agak terkejut.

"Ya menembak. Walaupun kamu perempuan, elok juga kamu tahu serba sedikit mengenai senjata dan pertahanan diri. Bukan apa, untuk keselamatan diri," Nenek Leha menjawab.

"Menarik juga tu. Pukul berapa Nek?" Julia menjawab sambil bersarapan.

"Sekarang dah pukul sepuluh pagi, agak lewat kalau nak bermula sekarang. Dah panas. Lepas makan tengahari nanti kita akan bertolak. Dari pukul tiga petang sampai tujuh malam, cukuplah untuk latihan pertama," jawan Nenek Leha.

"Baiklah Nek," Julia menjawab dengan nada gembira. Julia mengambil cawan yang ada di atas meja dan mula menuangkan kopi ke dalam cawan tersebut.

"Bagaimana kamu berdua berkenalan?' Nenek Leha bertanya sambil menjeling sedikit. Kopi yang dituang oleh Julia tertumpah sedikit.

"Melalui kajian saya," jawab Julia ringkas.

"Kamu berdua bekerja bersama?" tanya Nenek Leha lagi.

"Pada satu masa, ya," jawab Julia.

"Bard menghadapi masalah?" Tanya Nenek Leha lagi. Julia terdiam seketika.

"Susah untuk saya jawab sebab dia adalah seorang perahsia," jawab Julia.

"Kalau begitu, kenapa awak ikut dia, harungi semua ini?" Tanya Nenek Leha.

"Saya. saya.." Agak sukar untuk Julia menjawab soalan itu. Kata-kata Julia terhenti seketika.

"Tak mengapalah Julia, Nenek ada hal sedikit pagi ini. Sebelah bilik yang kamu tidur itu ada perpustakaan kecil, kamu boleh tengok-tengok apa yang kamu boleh baca. Nenek akan balik semula waktu makan tengahari nanti, selepas itu kita pergi menembak," Nenek Leha bangun dari tempat duduknya dan pergi ke sinki untuk membasuh tangan.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Teruskan membaca…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience