Chapter 2

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 2

"Dia mahu berpindah ke luar negara." Natasha menjawab dengan pendek tapi penuh keyakinan.

"Ada yang tak kena. Kali terakhir saya berjumpa dengannya, saya tahu dia betul-betul berminat untuk menyelesaikan kes ini. Kes ini melibatkan banyak ahli politik ternama yang akan buat apa saja untuk menghalang daripada kes ini dibicarakan. Banyak perkara yang boleh berlaku!" ucap Dato' Murad sambil mengerutkan dahinya lagi. Natasha membiarkan perasaan Dato’ Murad reda sedikit.

"Saya faham Dato'!" Natasha membalas, satu ungkapan yang biasa digunakan olehnya untuk menenangkan perasaan pelanggannya.

"Saya minta maaf awak terpaksa terbang dari Singapura berjumpa saya di sini hari ini. Saya sendiri sudah mula risau dengan keselamatan keluarga saya semenjak saya terang-terangan memberitahu pihak media saya akan memberikan sepenuh kerjasama kepada Sawyer & Ferguson. Saya dan keluarga akan berpindah ke Australia hujung minggu ini buat sementara waktu," Dato' Murad memberitahu Julia sambil mengambil mengambil sebatang pen di poket kirinya lantas menulis sesuatu pada sehelai kertas.

"Ini adalah nama orang hubungan saya di Australia. Dia bekerja di kedutaan Malaysia di Australia. Sebut sahaja nama awak dan Sawyer & Ferguson, dia akan hubungkan awak dengan saya." Dato' Murad menghulurkan secebis kertas kepada Natasha. Tertulis di atas kertas tersebut "Ahmad Rageb".

...bersambung

Bab akan datang:

Dapatkah Natasha menjalankan tugasnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience