Chapter 98

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 98

Michael seolah-olah tidak merasai apa-apa, mungkin kerana terlalu banyak kali disuntik dengan ubat.

"Nasib baik awak bawa Julia bersama, lebih cepat kami dapat membantu semua yang telah terkena jangkitan," Camilia bersuara setelah membisu seketika.

"Tapi, menurut Julia Kapsul Ungu adalah penawar Anthrax, bukan Erebus," jawab Badrul.

"Pada asalnya memang Dr Asri membuat kajian untuk mencari penawar Anthrax, tetapi tidak berjaya. Itulah sebabnya kajiannya telah dihentikan. Tetapi selepas menggunakan sampel terawal yang pernah dihantar oleh Dr Asri kepada kami, penawar ini berkesan untuk mengurangkan pembiakan virus Erebus. Sampel Kapsul Ungu yang kamu bawa itu telah berjaya membunuh terus virus Erebus dalam masa 24 jam setelah disuntik kepada tikus makmal semalam. Jika ia berkesan kepada Micahel saya rasa kami akan akan berjaya memulihkan semua pesakit di bangunan ini," Camilia memberi penerangan.

“Di mana Dr Asri sekarang?” Tanya Badrul.

“Entahlah Bard, setahu saya, sehingga kini, tidak ada sesiapa menemuinya, ” jawab Camilia

"Bagaimana mereka semua boleh dijangkiti oleh virus ini?" Tanya Badrul.

"Dua tahun lepas, semasa saya mula dipertanggungjawabkan untuk mengkaji mengenai virus Erebus, kami hanya menemui virus ini pada keluarga monyet di Amazon, tetapi sekarang, virus ini sudah sampai kepada manusia," jawab Camilia.

“Bagaimana boleh sampai ke sini dari Amazon?” Tanya Badrul, semakin berminat.

“Banyak hutan yang telah ditebang untuk tujuan komersil. Tempat kehidupan atau habitat semulajadi haiwan liar sudah mula berkurangan dan mereka mula hidup di kalangan manusia. Mereka mula makan sisa makanan yang dibuang oleh manusia, atau mungkin masuk ke rumah-rumah untuk mencari makanan. Haiwan-haiwan ini membawa pelbagai jenis virus,” Camilla memberi penerangan secara panjang lebar. Badrul mengangguk sedikit selepas mendengar penerangan Camilia.

“Tapi kalau virus itu berasal dari Amazon, bagaimana ia boleh sampai ke Asia Tenggara?” Tanya Badrul lagi.

“Pengangkutan sudah semakin mudah sekarang. Manusia bergerak dari satu benua ke benua lain dengan mudah. Faktor itu menyebabkan penyebaran virus ini menjadi lebih mudah,” jawab Camilla lagi.

Badrul kemudiannya dijemput untuk masuk ke sebuah bilik untuk menjalani ujian virus Erebus. Menurut Camilia, dia dan Julia akan dihantar pulang sebaik sahaja mereka disahkan bebas dari jangkitan virus Erebus dan bangunan itu akan dibakar untuk menghalang pembiakan virus Erebus kepada orang ramai.

******

Penutup mata Badrul dan Julia dibuka dengan perlahan. Sinar matahari yang panas terik yang tiba-tiba terpancar ketika mula membuka mata memedihkan mata mereka berdua.

"Saya mengucapkan terima kasih ke atas pertolongan awak berdua. Saya minta maaf terpaksa tutup mata awak sepanjang perjalanan. Kami cuma menjalankan tugas," ketua kumpulan yang membawa mereka ke tempat itu bersuara.

…bersambung

Bab akan datang:

Kemanakah hala tuju Badrul dan Julia hari ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience