Chapter 82

Fantasy Completed 9131

Bab 82

Ini bermakna apa yang aku beritahu ini adalah sebab aku ingin beritahu. Di antara percayakan korang semua atau tidak, itu aku tak peduli. Mungkin aku akan menyesal beritahu rahsia ini suatu hari nanti. Aku tak kisah. Apa yang penting, aku dah dapat menyelamatkan nyawa seseorang. Bukankah itu lebih penting?” Luna mengukir senyuman.

“Sky mesti tak percaya apabila dia bangun nanti dan mendapati bahawa yang selamatkan dia adalah orang yang tak pernah disangkanya.”

“Aku juga nak tanya satu soalan. Kenapa kau tetap nak selamatkan Sky walaupun hubungan korang bertiga tidaklah rapat sangat?” Tanya Luna.

“Hubungan kami boleh dikategorikan dalam hubungan yang unik. Terus terang aku cakap memang kami tak sehaluan dan sering kali berselisih pendapat. Tak kira dengan Sky ataupun Romeo. Semua nak ikut kepala masing-masing dan bila tak puas hati, mulalah beradu tenaga seperti tempoh hari. Sky jenis yang serius, panas baran, hati batu dan juga keras kepala. Romeo pula jenis yang suka bermain, menyakitkan hati tetapi kerja dia memang sempurna. Licin dan tidak meninggalkan bekas langsung. Walaupun kami selalu berselisih pendapat dan selalu juga beradu tenaga tetapi kami hanya ada satu matlamat. Kau pun tahu, bukan?”

“Ya. Lady Sofea pernah beritahu dan sebab itulah dia melantik aku sebagai pengintip.”

“Sky ada beritahu pasal tu.”

“Tapi, jangan risau. Bukankah aku seorang ahli Queen yang lembab pada mata mereka. Jadi, aku hanya beritahu apa yang tak penting sahaja. Aku buat begitu bukan sebab aku percayakan korang atau sebab aku ingin lindungi korang tapi sebab aku tak ingin masuk campur dalam hal korang.”

“Aku tahu tapi Sky tak percaya. Dia masih anggap kau sebagai satu bencana yang perlu dihapuskan.” Juliet memberitahu hal yang sebenar.

“Kau fikir dia akan marah bila dapat tahu bahawa aku yang selamatkan dia?” Soal Luna. Dia tidak dapat bayangkan reaksi Sky buat masa ini memandangkan hubungannya dengan Sky yang tidak begitu baik.

“Princess, cubalah berfikiran positif. Aku suka menonton drama-drama di televisyen sekarang. Apabila si heroin buat sesuatu yang baik pada hero sebagai contoh menyelamatkan nyawa hero tu, tak kiralah sekuat mana hero tu benci pada heroin tu, akhirnya akan jatuh sayang juga.”

Kata-kata Juliet tadi membuat aku tersenyum sehingga sekarang. Hari ini, aku dapat berbual panjang dengan Juliet. Aku tak pernah menyangka dapat bertegur sapa dengan Juliet. Apa yang aku dapat simpulkan di sini, perangai Juliet memang berbeza sekali sewaktu di sekolah. Di sekolah, rata-rata tidak menyukari dengan perangai Juliet yang menggedik tak kira tempat. Malah, menggedik dengan semua pelajar lelaki di sekolahnya kecuali Romeo dan Sky.

...bersambung

Bab akan datang:
Adakah Sky dapat diselamatkan oleh Luna?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience