Get the app for full experience
Bab 88
“Idea macam mana nak pastikan kad kita berdua selamat daripada dicuri oleh pihak lain.” Beritahu Darling dengan penuh bersungguh-sungguh.
“Dan idea tu…?”
“Takkanlah aku nak cakap kat sini? Nanti kalau ada orang curi dengar macam mana? Okey, apa kata kalau kau pergi rumah aku malam ni dan kita aku beritahu kau nanti di sana. Alang-alang kau tidur rumah aku malam ni.”
“Maaflah. Auntie aku selalunya tak benarkan aku tidur di rumah sesiapa walaupun kawan perempuan,” ujar Luna yang tidak bersetuju dengan cadangan Darling itu.
Bukan sahaja Auntie Mariam tidak benarkan dia tidur di rumah kawan tetapi dia sendiri sudah dididik supaya elakkan daripada tidur di rumah kawan walaupun kawan itu adalah kawan perempuan tambahan pula dia tidak mengenali Darling dengan lebih dekat lagi. Bukannya dia tidak percayakan Darling, akan tetapi dia sekadar mengambil langkah berjaga-jaga.
Namun, Luna sendiri akui. Dia pernah mengambil keputusan untuk bermalam di rumah agam bersama-sama dengan Juliet, Romeo dan Sky. Memang aneh. Entah kenapa dia berasa lebih selamat duduk dengan mereka daripada dengan Darling. Mungkin kerana dia sendiri tahu niat mereka tetapi Darling pula… sukar diramal.
“Oh, kalau macam tu, biar aku saja pergi ke rumah kau. Macam mana?”
“Okey. Auntie mesti gembira.” Tanpa berfikir lagi, Luna terus bersetuju dengan cadangan Darling itu.
“Wah, besarnya rumah kau. Dua kali ganda lagi besar dari rumah aku,” kata Darling yang tergamam seketika melihat keindahan reka bentuk rumah yang didiami oleh Luna itu.
Bibir Luna mengukir senyuman. Seperti yang mereka rancang pagi tadi sewaktu di sekolah, Darling bersetuju untuk bertandang ke rumahnya. Rasanya inilah kali pertama Luna mengajak kawannya datang ke rumahnya setelah ibu dan bapanya meninggal dunia. Setelah dia berpindah dan tinggal di rumah Auntie Mariam, Luna jarang mengajak kawan-kawannya tinggal bermalam di situ. Ini kerana dia ingin menghormati privasi Auntie Mariam dan keluarga.
Dan inilah kali pertama dia membawa kawan pulang. Sebelum itu, dia sempat menelefon Auntie Mariam di pejabat dan bertanyakan hal itu. Sebaik sahaja dia menceritakan hal Darling yang akan bermalam di rumah, Auntie Mariam seperti menarik nafas lega. Menurut Auntie Mariam, dia perlu bertolak ke Singapura bersama-sama suaminya, Uncle Alias pada tengah hari untuk urusan kerja dan sebelum itu sedang susah hati untuk tinggalkan anak saudara mereka itu di rumah.
Meskipun ada Mak Jah, mereka tetap risaukan keadaan anak saudaranya itu. Luna berasa sangat terharu mendengar keluhan Auntie Mariam yang pasti akan memikirkan keselamatannya terlebih dahulu daripada masalah yang menimpa.
“Tak sangka kau ni anak kesayangan orang kaya,” ujar Darling yang kelihatan sedikit cemburu apabila melihat sendiri kehidupan Luna Lusia yang hidup mewah.
...bersambung
Bab akan datang:
Apakah idea yang ingin disampaikan oleh Darling itu?