Bab 79
Luna hanya menjawab dengan gelengan.
“Jadi, kalau macam tu kau pun patut tahu… untuk mempelajari Ilusi, kau patut tahu asasnya dan kau juga mestilah….” Ayat Juliet tergantung apabila terdengar satu letupan yang hampir menggegarkan bilik itu. Kemudian apabila dia berpaling, dilihat televisyen LCD berukuran 40 inci itu terbakar dijilat api dengan tiba-tiba.
“Apa dah berlaku?” Tanya Juliet dan kemudian memandang Romeo di sebelahnya. Romeo sekadar mengangkat bahu.
Luna memetik jarinya dan serentak dengan itu, api yang menjulang menjilat televiyen itu terpadam dengan tiba-tiba. Dia memetik jari sekali lagi tetapi kali ini dengan dua petikan dan dalam sekelip mata sahaja televisyen yang dijilat api tadi kembali seperti keadaan sedia kala seperti kejadian aneh tadi tidak berlaku.
“Okey, aku akan ajar kau.” Juliet berkata tanpa berfikir panjang. “Tapi, selepas kau keluarkan racun tu daripada tubuh Sky.”
“Racun tu dikenali sebagai Racun Pemenggal Diri dan berada dikategori A iaitu racun sederhana kuat. Apa yang aku tahu, racun ni wujud sejak beratus-ratus tahun yang lalu dan selalu digunakan semasa perang.” Luna menerangkan serba sedikit tentang racun yang sedang menyerang tubuh Sky itu.
“Ya, Princess. Itu aku juga tahu tapi sekarang aku perlukan bahan-bahan asing untuk membuang racun tu.”
Tanpa berlengah lagi, Luna membuka begnya dan mengeluarkan sebuah buku nota kosong yang selalu dibawa ke mana-mana. Dia mencatitkan sesuatu di atas sehelai kertas sebelum mengoyaknya dan diberikan kepada Juliet.
“Apa ni?”
“Bahan yang kau nak.” jawab Luna.
“Tapi….”
“Aku dah katam buku penawar tu sebanyak lima kali dan aku masih ingat dengan jelas bahan-bahan yang diperlukan untuk membuang racun ni. Kau boleh dapatkan bahan-bahan tu di alamat yang tertera di situ.”
Juliet memandang Luna dengan seribu pertanyaan. Luna tahu, Juliet pasti tertanya-tanya bagaimana dia boleh menyimpan segalanya di dalam memori ingatannya dengan senang dan mungkin manusia biasa juga tidak boleh lakukannya tapi itulah kebenaran tentangnya yang tidak ramai orang tahu.
“Anggap saja kau dah berjumpa dengan orang yang betul.” Tambah Luna lagi. “Tapi, kau perlu pergi seorang diri untuk dapatkan bahan tu. Ini kerana aku masih tak mengerti lagi dengan permainan Queen yang sedang berlangsung sekarang.”
“Okey!” Tanpa berlengah lagi Juliet meninggalkan bilik itu untuk ke destinasi yang telah ditulis oleh Luna tadi.
“Tak sangka, rupa-rupanya kau ada sesuatu yang langsung kami tak pernah jangkakan.” Ujar Romeo yang turut terkejut dengan penemuannya hari ini.
Luna sekadar mengukir senyum. Namun, senyumannya itu begitu kelat. Dia tahu mungkin terlampau awal untuk tonjolkan diri kepada ahli Antasia yang lain tetapi dia terpaksa buat begitu sebab ingin menyelamatkan nyawa seseorang. Sky!
...bersambung
Bab akan datang:
Apa yang dikatakan ‘sesuatu’ oleh Romeo kepada Luna?
Share this novel