Chapter 106

Fantasy Completed 9131

Bab 106

“Terima kasih,” ucap Luna setelah surat bersampul emas itu bertukar tangan. Tanpa membukanya, Luna kembali mendaki anak tangga ke biliknya semula. Dia perlu menyiapkan kerja sekolah itu dengan segera. Hari ini terdapat mesyuarat di rumah agam untuk membincangkan rancangan seterusnya iaitu mencari siapakah Admin di sebalik terjadinya Dunia Antasia ini.

Namun begitu, kehadiran surat bersampul emas itu menarik perhatiannya. Surat itu dipos secara normal iaitu menggunakan khidmat pos biasa setelah Luna mendapati terdapat setem dan cop pejabat pos sebagai bukti bahawa surat itu dihantar oleh orang biasa tetapi Luna tidak dapat pastikan siapakah yang menghantarnya.
Tanpa berlengah lagi, Luna segera membuka sambul emas itu. Di dalamnya terdapat sekeping kad berwarna emas juga. Kad itu ditarik keluar dan diterbalikkan. Terbeliak mata Luna apabila membaca tulisan yang tertulis pada kad itu.

GAME OVER
TEMPAT: ANTASIA
TARIKH: 1 DISEMBER 2009
MASA: 12:00 TENGAH MALAM
“Pertarungan terakhir.”

******
Tarikh : 30 November 2009
Masa : 11:45 malam
Lokasi : Pusat beli-belah Antasia

Luna Lusia menjeling memandang jam tangannya. Tinggal 15 minit sebelum tepat jam 12:00 tengah malam. Akan tetapi suasana di pusat membeli belah ANTASIA yang terkenal itu masih lagi meriah dikunjungi oleh orang ramai yang gemar membeli belah pada waktu lewat malam.
Sekeping kad berwarna emas ditarik keluar daripada poket bajunya. Hanya beberapa ayat sahaja yang tercatit di atasnya;

GAME OVER
TEMPAT: ANTASIA
TARIKH: 1 DISEMBER 2009
MASA: 12:00 TENGAH MALAM

Kemudian dia memandang jam besar yang tergantung pada dinding pusat membeli belah tersebut. Hanya tinggal lima minit lagi sebelum jam 12:00 tengah malam. Dia kemudiannya mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang.

“Please try again later,” hanya suara operator telefon sahaja yang didengarinya. Beberapa kali dia dail nombor yang sama, suara yang sama juga yang menjawabnya. Sama ada orang yang cuba dihubunginya itu menutup telefon bimbitnya ataupun terdapat gangguan talian di situ sekarang.

“Tak guna.” Telefon bimbitnya dirampas oleh Sky yang entah bila muncul di belakangnya. Sky terus menamatkan panggilan yang dibuat oleh Luna tadi. Sky memandang Luna tanpa bersuara. Walau bagaimanapun, dia faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh lelaki itu.

Telefon bimbit miliknya dipulangkan kembali.

“Lagi lima minit sebelum pintu tertutup,” kata seorang gadis lingkungan lewat belasan tahun, berambut hitam yang panjang melepasi bahu yang sudah lama berdiri tidak jauh daripada mereka berdua yang lebih dikenali sebagai Juliet. Di sebelahnya kelihatan terdapat seorang lelaki yang berpakaian serba hitam sedang tersenyum. Dia adalah Romeo.

“Say goodbye to your world, Princess,” lelaki itu berkata dengan senyuman sinis. Kata-katanya mempunyai mesej yang tersirat.

...bersambung

Bab akan datang:
Apa yang dimaksudkan Romeo itu? Apa yang akan dilakukannya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience