Chapter 42

Fantasy Completed 9131

Bab 42

Mungkin cukup sampai disinilah aku hidup dalam dunia yang penuh cabaran ini. Mungkin suatu hari nanti, aku perlu mengucapkan selamat tinggal kepada dunia ini.

Mulai hari ini juga, aku bukan lagi Luna Lusia. Aku diberi nama dan aku memilih nama aku sendiri dan sekarang nama aku Princess. Dan dunia aku adalah QUEEN. Aku tak kisah apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Apa yang aku kisah sekarang, aku sudah dapat apa yang aku inginkan.

Sebuah dunia.

…yang boleh dikawal oleh aku sendiri…

Luna Lusia
2 Februari,
1:25 pagi

******

Lady Sofea. Itu nama yang digunakan oleh ketua QUEEN. Orangnya memang cantik. Lagak gayanya seperti perempuan melayu terakhir. Pertama kali berjumpa dengannya, aku suka dengan kelembutan yang ditonjolkan olehnya. Dia seorang ketua yang bertanggungjawab dan rata-rata ahli Dimensi QUEEN amat menyenanginya.

Banyak yang berlaku pada hari ini, jikalau hendak diterangkan mungkin mengambil masa yang lama. Apa yang boleh aku simpulkan, aku mendapati Antasia bukan hanya sebuah dunia ajaib tetapi juga bahaya. Segalanya bermula dengan taklimat kepada ahli junior dan hari ini juga aku berjumpa dengan seseorang yang misteri…

Tarikh : 15 Mac 2008
Masa : 3.00 petang
Lokasi : Dimensi Queen, Dunia Antasia

“Salam sejahtera. Nama saya Lady Sofea dan saya merupakan ketua Dimensi Queen generasi ke-2. Tugas saya di sini adalah untuk memastikan keselamatan anda semua terjamin di sini dan mengkaji sejauh mana berkesannya ‘dunia’ yang anda sedang jejak sekarang ini. Baiklah, mungkin anda semua tertanya-tanya kenapa saya menganggu rutin harian anda di ‘dunia’ ini dan berlagak seperti orang yang berkuasa.

“Saya memanggil kamu semua berkumpul di sini sebab ingin menerangkan serba sedikit tentang dunia Antasia,” kata Lady Sofea memulakan bicaranya setelah Cafe Queen yang menjadi tempat perjumpaan kali ini penuh dengan ahli baru. Alih lama atau ahli senior juga tidak ketinggalan untuk turut serta dalam perjumpaan ini.

“Untuk pengetahuan kamu semua, Antasia terbahagi kepada empat dimensi iaitu Dimensi Queen – seperti yang kamu semua menikmati sekarang. Dimensi King, Royal dan Jewel. Keempat-empat dimensi ini mempunyai kawasan masing-masing seperti dalam peta ini.”

Sebuah peta dibentangkan pada dinding supaya mereka dapat melihatnya dengan jelas.

“Kenapa dinamakan Queen? Ini adalah pilihan Admin iaitu sebuah kumpulan cerdik pandai yang mencipta dunia ini. Jangan risau, mereka tak berniat jahat dan kamu semua bukan bahan uji kaji. Admin telah mencipta sebuah dunia yang mempunyai pelbagai fungsi dan mereka ingin berkongsinya dengan kamu semua,” katanya lagi.

“Kedua, kamu semua berhak membuat apa-apa sahaja yang kamu suka di dalam dimensi ini kecuali kawasan hitam ini,” kata Lady Sofea sambil menunjuk ke arah kawasan yang diwarnakan hitam pada peta tersebut yang terletak di tengah-tengah antara empat kawan dimensi itu.

“Ini ialah Black Area yang mana Admin masih belum selesai membangunkannya lagi. Kalau kamu semua berdegil nak masuk, saya takut kamu semua takkan dapat balik ke dunia asal atau dimensi ini dengan selamat. Jadi, ambil perhatian dan jangan sesekali menghampirinya,” katanya dengan nada yang tegas. Dia tidak nampak seperti orang yang sedang bergurau.

“Ketiga, Admin telah menyediakan pintu untuk sesiapa yang ingin ke dimensi lain seperti King, Royal dan Jewel.

…bersambung

Bab akan datang:
Adakah Luna akan tinggal disini dan memulakan hidup baru?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience