Chapter 59

Fantasy Completed 9131

Bab 59

Tarikh : 27 April 2008
Masa : 3.00 petang
Lokasi : Kediaman Tuan Alias

Luna tersentak daripada lamunannya apabila pintu biliknya diketuk beberapa kali dari luar. Pada mulanya dia cuba untuk memekakkan telinganya dengan berpura-pura tidak mengendahkan ketukan di luar itu. Tetapi ketukan yang berkali-kali itu akhirnya membuatkan dia mengaku kalah. Dengan langkah yang lemah, Luna berlalu turun daripada katilnya dan berlalu menuju ke arah pintu biliknya. Dia membuka pintu biliknya yang dikuncinya itu.

“Lucas.”

Bagaikan mimpi apabila Luna melihat Lucas berdiri di hadapan pintu biliknya. Kedatangan Lucas membuatkan dia tertanya-tanya kerana sejak Lucas menyambung pelajarannya di sebuah kolej di ibu kota, Lucas jarang pulang ke rumah. Malah, jikalau Lucas pulang sekalipun dia langsung tidak berjumpa dengannya kerana Lucas kerap pulang apabila Luna tiada di rumah. Hanya Auntie Mariam sahaja yang menyampaikan berita tentang kepulangan Lucas.

“Kau buat apa?” Lucas bertanya tetapi pertanyaannya itu tidak bersungguh-sungguh. Seperti dipaksa-paksa.

“Tak ada apa. Aku ada sedikit kerja sekolah dan perlukan tumpuan yang sepenuhnya,” jawab Luna. Dia sendiri menyedari bahawa sudah hampir dua hari dia asyik terkurung dalam biliknya. Apabila dipanggil turun makan, pelbagai alasan yang diberikan dan lebih tepat lagi, dia tidak turun makan dalam dua hari ini. Walau bagaimanapun dia tidak lapar. Ini adalah kerana dia sudah menyediakan stok makanan ringan dan biskut-biskut yang boleh dikunyah ketika perutnya berkeroncong.

“Hey mmm….” Lucas kelihatan teragak-agak ingin berkata sesuatu dengannya tetapi seperti tidak tahu bagaimana hendak mulakannya.

“Ya?” Luna masih tenang walaupun dia seperti dapat mengagak apa yang ingin diberitahu oleh Lucas nanti. Perkara ini bukannya tidak pernah terjadi. Memang sudah banyak kali dia membuat perangai mengurungkan diri dalam bilik. Kononnya untuk proses bertapa iaitu satu proses yang ‘mencucikan’ otaknya daripada memikir masalah yang tidak pernah-pernah selesai.

“Teman aku pergi beli barang.” Lucas akhirnya menjawab. Luna dapat rasakan memang payah untuk Lucas mengajaknya begitu tetapi Luna masih berlagak selamba seperti tidak mengetahui maksud disebalik Lucas yang ingin mengajaknya keluar. Luna tahu, bukan untuk membeli barang tetapi ini adalah atas arahan daripada Auntie Mariam.

“Okey, tunggu aku kat bawah. Bagi masa 15 minit untuk aku bersiap.” Luna berkata. Selepas Lucas pergi dengan anggukkan, dia segera menutup pintu biliknya. Walaupun dia tidak mahu menemankan Lucas tetapi dalam hal ini dia perlu bertindak bijak supaya mereka tidak mengesyaki dia sedang dilanda masalah.

Kurang daripada 15 minit, Luna sudah bersiap dan turun ke bawah. Dia hanya mengenakan baju-T dan seluar jeans sahaja. Malah, langsung tidak mengenakan mekap seperti selalu. Walau bagaimanapun, Luna tetapi nampak cantik.

...bersambung

Bab akan datang:
Apa yang akan terjadi andai Lucas mengetahui apa yang dihadapi Luna dalam dunia Antasia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience