Bab 84
Apa yang penting sekarang, dia ingin ke rumah agam itu dan melihat keadaan Sky yang sudah pulih.
“Kau buat apa pagi-pagi ni?” Tiba-tiba Luna dikejutkan dengan satu suara menyapanya. Pantas dia berpaling dan mendapati Lucas sedang berpeluk tubuh di depan pintu dapur.
“Lucas! Bila kau sampai?” Luna mengurut dadanya setelah dikejutkan dengan sapaan Lucas yang tiba-tiba itu. Lagi mengejutkan ialah Lucas sudah pulang dari kolej. Selalunya memang payah untuk Lucas pulang ke rumah walaupun ini rumahnya sendiri. Lucas lebih suka menghabiskan masanya di hostel dan rumah sewa kawan-kawannya di sana daripada pulang ke rumah sendiri.
“Dari malam tadi. Kau pergi mana semalam? Keluar tak beritahu langsung,” Soal Lucas sambil meratah kentang goreng yang telah digoreng olehnya tadi.
“Pergi rumah kawan. Ingatkan sekejap saja, sebab tulah aku tak tinggalkan nota langsung. Masa nak balik tu tiba-tiba hujan pula turun, jadi terpaksa tinggal kat situ sementara,” jawab Luna yang sudah bersiap sedia dengan jawapan ciptaannya.
“Lain kali beri mesej sajalah. Kau tahulah perangai mama aku tu macam mana. Pantang tengok kau hilang sikit mesti risau tak tentu pasal,” bebel Lucas.
“Sorry, aku takkan buat lagi pasni.” Api dapur ditutup apabila dia mendapati sup ayam buatan tangannya itu sudah masak.
“Dan kau mimpi apa masak sup pagi-pagi ni?” Soal Lucas lagi.
“Oh. Aku nak pergi lawat kawan aku. Dia tak sihat dan tiba-tiba rasa nak masak sesuatu untuk dia.”
“Lelaki?”
Luna terus tersenyum apabila disoal oleh Lucas.
“Tak semestinya aku buat macam ni sebab seorang lelaki.” Luna menjawab dengan tenang.
Atas permintaan Luna sendiri, Lucas terpaksa akur dengan menurunkan Luna di sebuah perhentian bas berdekatan. Lagipun, Luna sudah sedia maklum bahawa Lucas ingin menemui Katerina secepat yang mungkin. Ini kerana, telefon bimbit Lucas selalu berbunyi berulang kali menunjukkan Katerina sudah tidak tahan menunggu. Malah, Luna dapat dengar dengan jelas suara merajuk Katerina semasa Lucas menjawab panggilan itu.
Nasib baiklah Katerina buat hal jika tidak, memang payah baginya hendak menipu Lucas. Walaupun Lucas memandang kewujudannya dengan sebelah mata tetapi dalam masa yang sama juga Lucas sering memerhati pergerakannya. Sebagai contoh, jikalau Luna ingin membeli belah di Antasia, Lucas akan menghantarnya sehingga ke tempat itu. Seperti tadi juga. Lucas berulang kali bertanya di mana rumah kawannya itu.
Pening kepala Luna ingin menjawabnya. Tetapi mujurlah Katerina membuat perangai dengan menelefon banyak kali dan akhirnya Lucas akur dan menurunkannya di sebuah perhentian bas.
Jam di tangannya tepat pukul 9:00 pagi. Dia menghubungi Juliet beberapa kali tetapi panggilannya tidak dapat disambungkan.
...bersambung
Bab akan datang:
Kemanakah Juliet pergi? Ada sesuatukah yang berlaku?
Share this novel