Get the app for full experience
Bab 101
Dia tidak tahu menahu tentang hal ini dan membuat kesimpulan mungkin aktiviti Dunia Antasia diketahui umum.
Tapi, orang yang membunuh bekas ahli Antasia itu bukannya manusia! Aku perlu jawapan segera dan sebab itulah aku perlu berjumpa dengan Sky, Juliet ataupun Romeo. Aku perlukan jawapan daripada mereka. Mereka seperti tahu sesuatu.
Luna Lusia
20 September; 1:12 pagi
******
Tarikh : 20 September 2008
Masa : 9.00 pagi
Lokasi : Rumah Agam
Pintu rumah agam itu diketuknya beberapa kali. Luna bernasib baik. Rumah agam itu sudah kembali dan ini bermakna mereka bertiga juga sudah kembali. Tidak lama kemudian, pintu utama rumah agam itu terbuka luas. Luna melangkah masuk ke dalam tanpa mengesayaki apa-apa. Keadaan rumah itu seperti kali terakhir dia menjejak kaki ke situ. Tiada apa yang diubah.
Dari tempatnya berdiri itu, dia dapat melihat Sky yang baru menuruni tangga. Sky memandangnya seperti selalu. Dingin tetapi entah kenapa Luna langsung tidak kisah dengan kedinginan pandangan Sky itu. Mungkin dia sudah tidak kisah dipandang begitu.
“Hai Princess.” Dari jauh Romeo yang sedang menonton televiseyen di ruang tamu melambai-lambai ke arahnya seperti meraikan kedatangannya pada hari itu.
“Masa untuk makan!” Jerit suara Juliet sambil membawa keluar seperiuk sup tulang yang baru sahaja dimasaknya. “Eh Luna, kau datang tepat pada masanya! Jom kita makan sama-sama. Hari tu kami ada rasa sup yang kau bawa tu, memang sedap! Sky yang paling banyak makan masa tu!”
“Ehem!” Kedengaran Sky berdehem memberi isyarat kepada Juliet supaya menutup mulut.
“Oh, lupa pula, Sky beri amaran supaya jangan cakap pada sesiapa terutama sekali dengan kau,” Juliet mengenyit sebelah matanya membuatkan Luna terseipu-sipu malu.
“Juliet.” Tegur Sky memandang tajam.
“Err… jom kita makan!” Lantas Juliet menukar topik perbualan.
Luna tidak dapat menolak perlawaan Juliet yang mengajaknya makan bersama. Sewaktu makan, Juliet dan Roemo adalah orang yang paling kuat bercakap sehinggakan Luna pun tidak tahu adakah mereka berdua memang suka bercakap ataupun sengaja ingin memeriahkan suasana yang sunyi ini.
Tanpa mempedulikan Juliet dan Romeo yang sedang bertekak ketika makan, Luna sempat mencuri memandang Sky yang duduk dihdapannya. Sky seperti biasa. Makan sambil membaca surat khabar. Mungkin Juliet dan Romeo yang sedang bertekak di hadapannya pun dia tidak perasan. Seperti manusia yang tiada perasaan pun ada.
Entah macam manalah Juliet dan Romeo boleh tahan dengan perangai Sky itu. Mungkin sebab itulah Juliet dan Romeo bertekak apabila makan. Sebab Sky tidak mengendahkan setiap perbualan mereka. Atau mungkin kerana Sky tidak tahan dengan hubngan unik Romeo dan Juliet itu dan akhirnya mengambil keputusan untuk memencilkan diri dan memekakkan terliga ketika makan.
...bersambung
Bab akan datang:
Apa yang akan mereka lakukan seterusnya?