Chapter 43

Fantasy Completed 9131

Bab 43

Kamu hanya perlu gunakan kad kamu sebagai kunci untuk ke dimensi lain. Namun, saya ingin ingatkan kamu semua bahawa terhadap had masa yang perlu dipatuhi. Setiap kali kamu memasuki mana-mana dimensi, kamu diberi masa selama satu jam saja untuk melawat dan pulang semula ke dimensi ini.”

“Kalau lewat?” soal satu suara.

“Kalau lewat, dimensi itu berhak mengenakan hukuman terhadap orang yang melanggar peraturan tersebut. Mungkin mereka akan suruh kamu cuci tandas, kutip sampah ataupun mungkin lebih teruk lagi. Itu terpulang kepada ketua dimensi tersebut.”

“Dan yang terakhir, Dimensi Queen akan mengadakan satu kelas khas untuk semua ahli supaya korang dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran di sini. Sebagai contoh, kamu semua akan diajar macam mana nak buat seperti ini,” ujar Lady Sofea sambil menadah tangan. Pada masa yang sama sebuah bebola kristal muncul terapung-apung di atas tangannya.

“Wah!”

“Ini yang Admin ingin beritahu kepada semua ahli Antasia. Salah satu keistimewaan dunia ni adalah kita dapat buat apa sahaja yang kita tak dapat buat di dunia realiti dan semua ni hanya boleh dilakukan di Dunia Antasia. Begitu juga dengan dimensi lain. Kita akan belajar sedikit demi sedikit.

“Selain tu, Admin juga akan mengadakan satu pertandingan antara dimensi untuk lanjutan level. Jangan risau. Ini bukannya perlawanan. Macam di dunia realiti juga, kita beradu tenaga dalam sukan tetapi di sini kita beradu tenaga dalam satu keadaan yang cukup mencabar dan menakjubkan,” terangnya lagi.

“Bila kita nak belajar semua itu?” tanya seseorang.

“Sekarang pun boleh,” kata Lady Sofea. “Tapi sebelum tu, saya ingin kamu lihat situasi pertandingan sebenar.” Dia tersenyum lagi. Kali ini senyumannya penuh dengan misteri.

“Selamat datang semua ahli Antasia! Hari ini kami akan mengadakan satu demonstrasi pertandingan antara dimensi. Dengan ini, pertandingan bermula sekarang!” Satu suara lantang berkumandang di sebuah dewan yang dipenuhi dengan ahli Antasia.

“Agaknya apalah yang dimaksudkan dengan pertandingan tu ya?” soal Darling, satu-satunya kawan yang paling rapat dengan Luna sejak dia mula menjejak kaki di dunia baru itu.

Pandangan mereka semua tertumpu di tengah-tengah kawan lapang yang dikelilingi oleh dinding lutsinar. Kemudian, sebuah skrin hologram muncul di tengah-tengah udara.

“Apa tu?” tanya Xira.

“Itu ialah skrin penentuan,” suara Lady Sofea kedengaran di telinga semua hali Queen melalui alat pendengaran yang dipasang pada telinga masing-masing. Alat itu membolehkan Lady Sofea memberikan penerangan keapda semua ahli Queen tanpa menggunakan mikrofon dan mengganggu ahli dimensi lain.

Pertama kali menjejakkan kaki di dalam dewan yang luas itu, Luna dapat melihat ahli-ahli dimensi lain. Tidak juah dari tempat duduknya merupakan tempat duduk ahli Dimensi King.

…bersambung

Bab akan datang:
Apakah pertandingan yang akan diadakan itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience