Chapter 62

Fantasy Completed 9131

Bab 62

Luna sekadar mengangguk sebelum turun daripada perut kereta yang dipandu Lucas itu. Sebaik sahaja pintu kereta ditutup, Lucas memandu keretanya meninggalkan pekarangan Antasia.

Di dalam, Luna sekadar menghabiskan masa dengan duduk di sebuah bangku yang disediakan di setiap ruang kaki lima pusat membeli belah itu. Dia masih memikirkan kata-kata Lucas. Walaupun hatinya sakit dengan setiap bait perkataan yang dikeluarkan Lucas tetapi dia tahu apa yang Lucas cakap itu ada benarnya. Dia sudah membuat satu perbuatan yang menyusahkan orang lain terutama sekali Lucas dan dia lupa bahawa selain dia, orang lain juga mengalami masalah mereka sendiri.

Tetapi dia tetap tidak berpuas hati tentang sesuatu. Lucas tidak patut memarahinya seperti dia telah melalukan kesalahan yang tidak boleh dimaafkan. Malah, Lucas juga tidak pernah memahami apa yang tersirat di hatinya sejak awal lagi.

Hidup ini tiada keadilan. Itu sahaja yang dapati disimpulkan Luna. Walaupun dia cuba untuk memahami Lucas supaya Lucas dapat menerimanya sekali pun, tetapi Lucas tetap menutup pintu hatinya walau Luna menghulurkan salam perkenalan sebagai seorang kawan.

Tiba-tiba Luna dikejutkan dengan tangan seseorang menghulurkan sapu tangan kepadanya dan barulah dia sedar bahawa pipinya dibasahi dengan air mata yang mengalir tanpa disedarinya. Luna mendongak pandang ke atas dan melihat orang yang memberi sapu tangan itu adalah Juliet.

“Juliet,” Luna terkejut dengan kehadiran Juliet di hadapannya.

Juliet sekadar mengukir senyuman manis. Sapu tangan yang dihulurnya tadi di letakkan di atas tapak tangan Luna sebelum gadis itu melangkah pergi tanpa berkata apa-apa meninggalkan Luna terpinga-pinga. Bagaikan mimpi apabila menyedari sapu tangan pada telapak tangannya itu adalah pemberian Juliet.

Tidak lama kemudian, handsetnya berbunyi menandakan terdapat satu mesej masuk. Tidak pasti mesej daripada siapa. Mustahil daripada Lucas dan mustahil juga daripada Hazirah. Tanpa buang masa, Luna segera membaca mesej tersebut.

Be strong. – Unknown

Luna memandang sekeliling setelah membaca sebaris ayat mesej yang dihantar oleh seseorang yang misteri itu. Dia tidak dapat mengesan siapakah orang yang menghantar mesej itu. Ini adalah kali pertama dia menerima mesej yang sekali gus dapat menaikkan semangatnya secara tiba-tiba. Hanya dua ayat sahaja. Be Strong dan dengan semudah itu, semangatnya naik mendadak.

“Lucas?” teka Luna.

Tanpa berlengah lagi Luna segera menghubungi Lucas.

“Kau nak apa?!” suara Lucas hampir memecah gegendang telinganya sebaik sahaja panggilannya itu di sambut oleh Lucas.

“Err… mesej….” Kata Luna tersekat-sekat. Takut dia ingin teruskan.

“Mesej apa? Aku ada hal ni, apa-apa hal mesej je!” Panggilan ditamatkan begitu sahaja.

“Bukan daripada Lucas.” Dengan layanan Lucas tadi, Luna sudah tahu.

...bersambung

Bab akan datang:
Siapakah yang menhantar mesej kepada Luna?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience