Get the app for full experience
Bab 105
Terus terang aku kata, aku tak peduli dengan jawatan itu. Itu bukan apa yang aku mahukan selama ini.
Apa yang aku harapkan adalah Dunia Antasia akan dapat dilenyapkan suatu hari nanti. Walaupun aku suka dengan dunia yang serba lengkap ini tetapi pengalaman sudah mendewasakan aku. Aku lebih rela hidup di dunia nyata daripada dunia yang menyebabkan manusia semakin hilang akal ini.
Itu cerita di Dunia Antasia.
Di luar Dunia Antasia pula, aku masih menjadi seorang Luna Lusia yang biasa. Lucas masih dengan perangai lamanya. Dingin tak bertempat dan kadangkala baik, itupun selepas sekali dua bertegur, suhu badannya naik secara mendadak dan melenting tak tentu pasal. Entahlah. Aku pun tak tahu sampai bila Lucas akan jadi macam tu. Aku tahu dia sekarang tengah tension sebab memikirkan kehidupan dia kelak. Aku juga tension jugak bila terfikir akan dapat suami yang panas baran macam tu. Siapa yang nak? Silap hari bulan, bukan aku yang kena terajang dengan Lucas tapi Lucas yang jadi mangsa aku yang sudah mahir menggunakan ‘kuasa’ minda di dunia nyata ini. Aku cuma boleh berharap masalah ini tidak berpanjangan.
Di sekolah pula, tidak ada apa yang berbezanya cuma sekarang aku lebih banyak menghabiskan masa bersama-sama Juliet. Dalam masa yang singkat, kami berkawan baik. Begitu juga dengan Romeo tetapi hubungan aku dengan Sky tetap sama seperti dahulu. Sky masih belum dapat menerima aku sebagai salah seorang ahli kumpulan itu. Aku tahu, dia masih mengharapkan Lady Sofea yang berada di tempat aku sekarang tetapi aku tak salahkan dia. Keputusan yang aku buat langsung tidak dipengaruhi sesiapa. Memusnahkan Dunia Antasia adalah tujuan sebenar aku. Selain aku, aku tak ada niat lain. Aku juga tak ada niat untuk mencungkil rahsia di antara Sky dan Lady Sofea walaupun aku ingin sangat mengetahui hubungan mereka berdua.
Dalam hal ini aku perlu berfikiran terbuka. Walaupun aku cemburu dengan Lady Sofea yang dapat menarik perhatian Sky tapi aku tak boleh nak buat apa. Aku tak boleh bertindak membuta-tuli dengan membunuh Lady Sofea. Itu bukan kerja manusia. Aku tak mahu jadi syaitan.
Aku harap hari itu (kemusnahan Dunia Antasia) akan tiba….
Luna Lusia
3 November 2009; 1:10 pagi
******
Tarikh : 20 November 2009
Masa : 10.00 pagi
Lokasi : Kediaman Tuan Alias
“Luna, ada surat!” jerit Mak Jah dari bawah. Luna yang sedang menyiapkan kerja sekolah bergegas turun ke bawah. Jika lambat, Mak Jah akan menjerit banyak kali sehinggalah dia turun ke bawah. Sememangnya Mak Jah tidak suka orang yang lambat bertindak terutama sekali kalau ada surat yang sampai di rumahnya.
...bersambung
Bab akan datang:
Siapakah yang mengirim Luna surat itu?