Get the app for full experience
Bab 19
“Aku tahu aku ni orang luar tapi aku cuma nak….”
“Tak payah nak jadi baik depan aku. Aku tahu apa rancangan kau. Lepas kau dapat tahu hubungan kami berdua mesti kau nak beritahu mama kan? Dengar sini, kalau kau nak hidup dalam rumah ni dengan aman, jangan masuk campur dalam urusan aku!”
Sejak itu, Luna tiada lagi masuk campur dalam urusan peribadinya. Malah, sejak itu juga, Luna lebih banyak mendiamkan diri daripada berbual dengannya. Bodohnya, dia patut perasan perubahan ketara Luna pada ketika itu. Pada ketika itu juga, tiada lagi senyuman manis Luna kelihatan malah masa kali terakhir dia tinggalkan Luna di Antasia, Luna keluar dari keretanya tanpa berpaling. Dan itulah kali terakhir dia melihat Luna Lusia.
Mungkin kerana tidak tahan dengan apa yang dilaluinya, Luna Lusia mengambil keputusan untuk ‘menghilangkan’ diri buat selama-lamanya. Dia sendiri tidak pasti sama ada Luna masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Telefon bimbit putih Luna dicapainya. Menurut mamanya, pihak polis menemui telefon bimbit ini di tempat kejadian dan dipulangkan setelah pihak polis tidak mendapat apa-apa yang boleh dijadikan bahan bukti untuk kes letupan misteri itu.
Butang on ditekan dan seketika kemudian, telefon bimbit Luna mula berfungsi. Jarinya pantas menekan mencari peti simpanan mesej ringkas. Peti simpanan mesej kosong seolah-olah semua mesej telah dibuang atau mungkin tabiat Luna memang tidak suka menyimpan mesej yang tidak berguna. Dia kemudiannya mencari senarai nombor telefon kawan-kawan Luna. Akan tetapi yang hanya tercatit pada senarai simpanan itu hanyalah beberapa orang sahaja iaitu nombor telefonnya, mama dan papanya. Hanya tiga nombor sahaja yang kelihatan. Perasaan pelik mula menyelubungi hatinya.
Mustahil Luna menyimpan tiga nombor itu sahaja dan langsung tidak menyimpan nombor kawan-kawannya. Dan mustahil Luna tiada kawan!
Dek kerana tidak puas hati selepas tidak menemui apa-apa dalam handset Luna, Lucas kemudiannya berlalu keluar daripada biliknya untuk ke bilik Luna memandangkan dia tidak boleh tidur pada malam itu. Suasana di rumahnya agak sunyi memandangkan mama dan papanya sudah masuk tidur. Begitu juga dengan Mak Jah.
Pintu bilik Luna yang tidak berkunci itu di buka dan suis lampu ditekannya. Seketika kemudian, bilik Luna yang gelap gelita tadi bertukar menjadi terang. Dia kemudiannya melangkah masuk sebelum menutup pintu bilik kembali.
Pertama kali melangkah masuk ke dalam bilik Luna, entah kenapa hatinya rasa sejuk sekali melihat bilik Luna yang tersusun kemas dan rapi. Tanpa membuang masa, dia segera menyelongkar laci pada meja tulis Luna. Tidak banyak barang yang disimpan di dalam sana. Kebanyakannya adalah alat tulis dan beberapa buku nota kecil yang tercatit beberapa formula yang dia sendiri tidak faham. Mungkin formula itu sengaja di catit dalam buku nota kecil itu untuk tujuan menghafal.
…bersambung
Bab akan datang:
Apakah yang akan dijumpai oleh Lucas semasa berada di dalam bilik Luna?