Chapter 9

Fantasy Completed 9131

Bab 9

Lucas menggeleng.

“Aku akan biarkan kau terus ‘hilang’,” jawabnya.

“Kalau macam tu, aku anggap itu sebagai satu janji.”

“Aku berjanji, aku takkan cari kau kalau kau ‘hilang’.” Dia mencabar lagi.

“Kejamnya.” Gadis itu tersenyum manis sambil menganggap janjinya itu sebagai satu gurauan.

Tarikh : 4 Mac 2010
Masa : 1.00 petang
Lokasi : Hospital Kuala Lumpur

Itu bukan gurauan. Pada waktu itu, dia benar-benar maksudkannya. Dia berhadap dia tidak mengenali Luna Lusia. Dia sangat berharap sehinggakan dia pernah berdoa supaya Luna akan pergi dari hidupnya. Dia juga pernah berharap yang dia tidak perlu melihat muka Luna buat selama-lamanya.

Kini, hasratnya sudah termakbul. Impiannya telah terlaksana. Malah, dia juga patut berterima kasih kepada Tuhan yang Maha Esa kerana menunaikan hasratnya nan satu itu. Luna Lusia, gadis yang selama ini dianggap sebagai pemusnah kehidupannya kini sudah tiada.

Ya, dia patut bersyukur kerana dia sudah terlepas daripada genggaman Luna. Selepas ini, mungkin dia boleh memperkenalkan teman wanitanya kepada mamanya. Dia juga bebas ke mana-mana sahaja tanpa perlu menjadi pengawal peribadi Luna lagi.
Dia patut menghela nafas lega!

Tetapi lain pula yang dirasakannya sekarang. Dia harus ketawa tetapi hanya tangisan yang kedengaran. Tangisan seseorang lelaki yang kehilangan sesuatu. Sesuatu yang dianggap tidak penting buatnya selama ini. Aneh. Rasa bersalah yang amat sangat merajai hatinya sehingga dia tidak mampu menerima berita yang disampaikan oleh mamanya itu.

“Kamu terlantar di hospital selama tiga bulan. Tiga bulan yang lalu, kamu dikejarkan masuk ke hospital kerana terdedah dengan letupan misteri di pekarangan Antasia. Kamu seorang sahaja yang selamat dalam letupan tu manakala yang lain telah disahkan meninggal dunia di sana. Tetapi, malangnya Luna… mayat Luna tidak dijumpai.

“Operasi mencari dan menyelamat mengambil masa hampir sebulan untuk memastikan tiada mangsa lain yang tertinggal tapi sehingga ke hari ini Luna masih belum ditemui. Pihak polis yang kebuntuan dah tutup kes ini dan anggap Luna mungkin tak ada di sana semasa kejadian tu berlaku.

“Selepas operasi menyelamat ditamatkan, pihak polis datang ke rumah dan mengesahkan bahawa Luna berada di situ semasa peristiwa itu berlaku. Mereka menemui telefon bimbit Luna di sana tetapi mayat Luna masih belum dijumpai. Kehilangan Luna dianggap misteri.”

“Mungkin dia ada di tempat lain.”

“Itu yang mama fikir tapi sampai ke hari ni, Luna masih belum dijumpai. Macam-macam yang dah mama usahakan untuk mencari Luna tapi tak berhasil. Pihak polis dah tutup kes ni. Mereka anggap Luna dah tak ada lagi,” kata mamanya menjelaskan keadaan yang sebenar.

…bersambung

Bab akan datang:
Apakah yang akan dilakukan oleh Lucas setelah menerima berita tentang Luna oleh mamanya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience