Chapter 93

Fantasy Completed 9131

Bab 93

“Oh, lupa pula. Bagi sesiapa yang tak minum air tu dan cuba melarikan diri, perkara yang sama akan berlaku terhadap Rissa. Ah, kesiannya.” Suria berkata tanpa sedikit pun rasa bersalah dengan perbuatannya membunuh Rissa. Dia kelihatan lebih seronok setelah membunuh Rissa.

“Binatang!” Hanna menjerit dalam ketakutan.

“Seterusnya adalah Hanna. Awak ada pilihan. Minum atau mati?”
Hanna menangis ketakutan. Luna cuba mententeramkan Hanna tetapi dia juga tidak dapat berbuat apa-apa setelah Hanna bertindak pantas dengan mengambil sebotol air mineral dan meneguknya. Baru sahaja beberapa kali dia teguk air tersebut, Hanna jatuh terbaring di lantai tidak sedarkan diri.

“Hanna.” Luna memanggil Hanna beberapa kali. Kemudian, dia memeriksa pernafasan Hanna. Masih bernafas! Serentak dengan itu, Luna menarik nafas lega.

“Bukankah saya sudah kata. Air mineral tu hanyalah berfungsi untuk mencuci otak sahaja. Jadi, anda semua pilihlah sama ada untuk hidup atau mati?” Lady Sofea bersuara lagi.

Serentak dengan itu, beberapa ahli Antasia yang tinggal mencapai botol mineral itu dan meneguknya tanpa berfikir panjang lagi. Kemudian, satu demi satu daripada mereka jatuh pengsan.
Kini hanya tinggal Luna sahaja yang belum membuat keputusan.

“Princess? Apa tunggu lagi?” Lady Sofea menunggu penuh kesabaran.

“Oh, sebelum awak buat keputusan, saya ingin beritahu tentang sesuatu. Sebenarnya, saya ingin pilih awak untuk terus tinggal di Queen dan menjadi pengintip saya tapi memandangkan awak ni tak berguna, saya pilih Darling. Lagipun, saya dapat tahu Sky sudah tak bersekolah di sana, bukan? Jadi, buat apa saya hendak menyimpan awak lagi. Daripada saya pilih awal, lebih baik saya pilih Darling yang lagi bijak dari awak.”

Luna membatukan diri. D

ia hanya mampu mendengar kata-kata Lady Sofea.

“Darling…,” Lady Sofea memberi arahan kepada Darling.

“Maaf Princess. Antara kawan dan kehidupan yang aku idamakan selama ini, aku pilih kehidupan. Sebenarnya aku cemburu dengan hidup kau yang ada segala-galanya. Jadi, aku fikir, kalau kau tak dapat kembali ke Dunia Antasia, kau masih ada keluarga dan kawan-kawan yang jaga kau. Aku rasa kau patut hargai kehidupan kau yang sempurna itu.” Darling bersuara. Dia mengeluarkan sekeping kad milik Luna dari poket bajunya.

“Ini kad kau dan tataplah buat kali terakhir.” Darling tersenyum memandang Luna yang sejak daripada tadi tunduk memandang lantai.

“Selamat tinggal Princess.” Kad tersebut dihala ke arah api yang marak itu. Namun, belum sempat dia hendak membuang ke dalam api itu, tangannya disentap seseorang.

“Lady Sofea?” Darling terkejut apabila mendapati Lady Sofea yang memegang tangannya dengan kuat dan kemudian merampas kad milik Luna itu dari tangannya.

Lady Sofea memerhati kad tersebut dengan teliti sebelum jarinya menjentik kad tersebut. Tidak lama kemudian, kad itu bertukar menjadi sekeping kad berwarna putih yang kosong.

“Apa dah berlaku?” Darling terkejut sebaik sahaja melihat kad itu bertukar menjadi kad yang tidak berguna.

“Kad palsu! Ini adalah….”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience