Chapter 108

Fantasy Completed 9131

?Bab 108

Jikalau dia masih berdegil untuk selamatkan mereka semua, beribu-ribu nyawa lagi akan hilang kelak.

Baru sahaja Luna ingin mengatur langkah, Luna terlihat kelibat Lucas berlari-lari mengejar sesuatu di dalam. Sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan. Tanpa arah tujuan yang pasti.

“Lucas.” Tiba-tiba hatinya rasa berat untuk membiarkan. Luna segera mengeluarkan telefon bimbitnya dan menaip sesuatu pada mesej sebelum dihantar kepada Lucas. Dari jauh, Luna melihat dengan jelas, Lucas membaca sesuatu pada telefon bimbitnya dan tidak lama kemudian, Lucas berlari meninggalkan pusat membeli belah itu.
“Terima kasih dan selamat tinggal.”

Dengan itu, Luna Lusia menyambung langkahnya menghampiri pintu lift yang masih terbuka. Hanya menanti kehadirannya sahaja. Di dalam lift tersebut, terdapat Romeo, Juliet dan Sky yang setia menantinya. Sebaik sahaja Luna melangkah masuk pintu lift terbuka dan serentak dengan itu mereka dapat mendengar bunyi suara jeritan orang ramai di luar sana. Namun, segalanya sudah terlambat…

TAMAT

Share this novel

Roseisme Muslimah
2024-05-11 15:53:10 

Siri kedua Antasia dah release ke T_T


NovelPlus Premium

The best ads free experience