Get the app for full experience
Bab 94
“Ilusi.” Tambah Luna kembali mengangkat kepalanya memandang mereka semua dengan penuh keberanian. Kemudian, dia mengeluarkan sekeping kad daripada poket jeket labuhnya. “Ini kad yang sebenarnya,” ujar Luna sambil mempamerkan kadnya yang sebenar.
“Darling, keluarkan kad awak!” arah Lady Sofea.
“Tapi kenapa?” Darling kelihatan takut dengan situasi yang tidak dijangkanya itu.
“Keluarkan cepat!” Arah Lady Sofea lagi. Kali ini dengan suara yang tegas. Nak tak nak Darling segera mengeluarkan kad miliknya yang dari poket bajunya dan diberikan kepada Lady Sofea.
Lady Sofea menjentik kad itu seperti tadi dan tidak lama kemudian, kad milik Darling itu turut bertukar menjadi kad kosong yang berwarna putih. Sama seperti tadi. Darling terduduk sebaik sahaja melihat kadnya bertukar menjadi kad yang tidak berguna. Kali ini, dia pula sesak nafas sementara Luna yang berdiri di hadapannya tetapi dipisahkan oleh api yang marak itu pula kelihatan tenang.
Sebentar kemudian, Luna mengeluarkan sekeping kad dari sebelah lagi poket bajunya. Mata Darling membulat luas apabila mendapati kadnya yang sebenar berada di tangan Luna. Bergerak pantas, dia segera bangun daripada duduknya. Namun, baru sahaja dia bangun Luna sudah membaling kad milik Darling ke arah api yang marak.
Sekali lagi Darling terduduk.
Wajah Luna seperti biasa. Dia tidak takut mahupun seronok dengan kemenangan itu. Wajahnya seperti orang yang tiada perasaan. Hanya berdiri merenung api yang marak di hadapannya itu.
“Macam mana awak lakukan?” Lady Sofea mula bersuara bertanya. Ini pertama kali dia rasa tercabar. Apatah lagi dicabar oleh ahli berpangkat rendah daripadanya.
“Sejak awal lagi saya dah tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan permainan ini. Namun, saya tak sangka akan jadi begini tetapi saya percaya Lady Sofea sudah pilih pemenangnya terlebih dahulu.
Mereka semua termasuk Darling adalah pemenangnya dan mereka diberi tugasan untuk merampas kad kami dan seterusnya menghapuskan kad kami. Dan sebab itulah permainan ini dijalankan. Permainan ini cuma hendak mengaburi mata kami semua sahaja padahal kami memang sudah disingkirkan daripada Queen sejak awal-awal lagi.
“Seperti Darling, saya juga pandai berpura-pura. Saya cuma perlu menjadi seorang yang lurus bendul dan mempercayai kata-katanya. Pada mulanya saya tak mahu libatkan Darling tetapi dia telah mendesak saya untuk bertindak lebih kejam! Sejak dia berpindah ke sekolah saya, saya sudah tahu bahawa Darling memang berdekad untuk singkirkan saya. Dia memang ingin merampas kad Antasia milik saya.
“Tetapi malangnya, Darling seorang yang bodoh apabila berada di dunia nyata. Dia langsung tak tahu bahawa dirinya sudah dipermainkan dan saya pun berusaha untuk meyakinkan dia bahawa saya sudah masuk ke dalam perangkap dia. Dia berpura-pura dapat idea yang hebat padahal memang dia sudah sediakan idea itu dengan bantuan Lady Sofea. Tetapi dia langsung tak tahu bahawa, sebelum kedua-dua kad ini dimasukkan ke dalam peti besi itu, saya sudah terlebih dahulu menukar kedua-duanya dan merampas kad miliknya.”
Terang Luna panjang lebar menceritakan apa yang berlaku sebenarnya sehingga Darling kecundang di tangannya.