Chapter 103

Fantasy Completed 9131

Bab 103

“Bagaimana dengan kaki kau?”

“Dah baik.”

“Kalau macam tu baguslah.”

Keadaan sunyi sekali lagi apabila masing-masing ketandusan idea hendak berkata-kata. Luna hendak bersuara tetapi suaranya seperti tidak boleh keluar. Mulutnya seperti digam. Ini pertama kali dia rasa seperti itu.

“Orang yang tembak kawan kau tu adalah dari kumpulan Angle.” Sky akhirnya bersuara walaupun Luna belum bertanya soalan itu.

“Angle?”

“Mereka menggelarkan diri mereka Angle. Sasaran mereka adalah ahli Antasia. Tak banyak yang kami tahu tentang kumpulan ni. Apa yang kami tahu, kumpulan ni bergerak secara berterabur dan berada di mana-mana sahaja dan yang penting lagi mereka bukan manusia. Kau sendiri dah tengok bukan?”

Luna sekadar mengangguk.

“Macam mana kau tahu tentang diorang ni?” Luna menyoal.

“Mereka menyerang kami,” Juliet mencelah. “Awal pagi selepas kau selamatkan Sky. Kami di serang pagi tu. Mujurlah kami dapat menyelamatkan diri dan terpaksa menyembunyikan diri untuk seketika.”

Luna mengangguk faham. Akhirnya dia dapat jawapan yang pasti apa yang menyebabkan mereka bertiga menghilangkan diri secara tiba-tiba dan muncul dengan tiba-tiba juga.

“Sebenarnya aku datang sini bukan sebab itu saja.” Luna berkata dengan teragak-agak. Dia tidak tahu apakah reaksi mereka jikalau dia beritahu hajatnya yang sebenar. Mungkinkah permintaannya akan ditolak? Terutama sekali oleh Sky.

“Apa dia?” Juliet bertanya manakala Romeo dan Sky masih menunggunya membuka mulut bersuara.

“Aku tahu aku tak layak lagi tapi boleh tak berikan aku peluang? Aku ingin musnahkan Dunia Antasia.” Ujar Luna memberitahu hajatnya yang sebenar. Kemudian, dia memandang seorang demi seorang daripada mereka bertiga yang rata-ratanya tergamam dengan permintaannya tadi.

“Princess, kau harus tahu….” Sky mula memberi komen. Akan tetapi, Juliet memotong kata-katanya.

“Okey. Aku terima!” Kata Juliet.

“Juliet.” Sky menegur Juliet sambil memberi pandangan yang inginkan penjelasan.

“Sky, kau bukan ketua. Ingat tu dan bukankah hasrat Princess sama dengan kita? Dia nak musnahkan Dunia Antasia. Itu yang penting.”
“Tapi….”

“Aku pun setuju.” Romeo pula bersuara menyokong Juliet.

“Sejak bila kau termakan pujuk rayu Juliet?” Tegur Sky pula.

“Maaf. Ini bukannya soal makan pujuk rayu tapi aku fikir sebab rancangan kita. Seperti yang kita tahu, kita perlukan seseorang daripada Queen. Lady Sofea yang kau idam-idamkan selama ini hampir berpaling tadah. Takkan kau masih nak tunggu dia? Lagipun kalau Lady Sofea beralih arah dengan menyokong usaha kita pun, aku takkan terima kehadirannya. Dia banyak agenda yang kita sendiri tak dapat jangka.” Romeo memberi hujahnya.

“Whatever!” Ujar Sky setelah mendapati dia sudah kalah. Serentak dengan itu, Sky berlalu bangun meninggalkan mereka bertiga di ruang tamu. Luna yang melihatnya rasa serba salah. Sky masih seperti dahulu.

...bersambung
Bab akan datang:
Kemana Sky ingin pergi? Adakah suatu hari nanti Sky akan berubah perangainya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience