Chapter 1

Fantasy Completed 9131

Bab 1
Selamat Datang ke Dunia Antasia

Terdapat lima peraturan utama yang perlu dipatuhi oleh semua ahli Antasia:
1. Ahli tidak dibenarkan bercerita tentang Dunia Antasia kepada sesiapa yang bukan bergelar ahli Antasia.
2. Ahli tidak dibenarkan menukar hak milik, meminjam pinjam atau menggunakan Kad Antasia milik orang lain walaupun orang itu ialah ahli Antasia.
3. Ahli tidak dibenarkan menjalankan aktiviti, perbuatan atau apa-apa sahaja kondisi yang boleh mendedahkan Dunia Antasia kepada dunia luar.
4. Ahli tidak dibenarkan membuat uji kaji atau kajian berkenaan dengan Dunia Anatasia untuk kepentingan peribadi ataupun disebarkan kepada orang awam di luar Dunia Antasia.
5. Segala keputusan yang dibuat oleh Admin adalah muktamat.

BAHAGIAN 1: KEHILANGAN

Tarikh: 30 November 2009
Masa: 11.45 malam
Lokasi: Pusat beli-belah ANTASIA

Dia melihat jam pada tangannya. Tinggal 15 minit sahaja sebelum tepat jam 12:00 tengah malam. Akan tetapi, suasana di pusat beli-belah Antasia yang terkenal itu masih lagi meriah dikunjungi oleh orang ramai yang gemar membeli-belah pada waktu lewat malam.

Antasia merupakan pusat beli-belah yang terbesar di Malaysia dan bertaraf dunia. Hanya pusat beli-belah ini diberi kebenaran oleh pihak berkuasa untuk beroperasi sehingga jam 3.00 pagi. Kebanyakan pengunjungnya tidak mengira umur dan sudah tentu para remaja lebih suka melepak di sekitar Antasia berbanding dengan pusat beli-belah yang lain.

Tumpuan gadis itu beralih ke arah sekumpulan remaja yang berpakaian aneh sehingga mengundang perhatian ramai. Mereka tidak bercakap antara satu sama lain walaupun berjalan seiringan. Masing-masing tidak mempedulikan mata-mata yang asyik memerhati ke arah mereka.

Setelah lama kumpulan tadi melintas di hadapannya, kini datang pula sekumpulan yang turut menarik perhatian ramai. Tidak kira dengan cara mereka berpakaian, mekap ataupun barangan yang sedang mereka bawa itu menjadi ada sahaja mata memandang dengan penuh kehairanan bagi orang awam yang tidak jelas mengenainya. Salah seorang daripada mereka sempat memandangnya dan mengukir senyuman.

Namun, dia langsung tidak membalasnya. Sebaliknya, dia memandang mereka dengan tajam. Setelah sekumpulan gadis yang berjaya menarik perhatian ramai itu berlalu, dia bangkit daripada duduknya. Sekeping sampul surat berwarna emas dikeluarkan dari poket jaket labuh yang dipakainya.
Sekeping kad berwarna emas ditarik keluar dari sampul surat tersebut. Hanya beberapa ayat sahaja yang tercatit di atasnya;

GAME OVER
TEMPAT: ANTASIA
TARIKH: 1 DISEMBER 2009
MASA: 12:00 TENGAH MALAM

Kemudian dia memandang jam besar yang tergantung pada dinding pusat beli-belah tersebut. Hanya tinggal lima minit lagi sebelum jam 12:00 tengah malam. Telefon bimbitnya dikeluarkan lantas dia mendail nombor telefon seseorang.

…bersambung

Bab akan datang:
Apakah tujuan dia menelefon?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience