Chapter 39

Fantasy Completed 9131

Bab 39

Itu sahaja komen daripada Lucas. Memang tidak pernah berubah. Walaupun sesetengah baju yang dicuba oleh Luna itu tidak sesuai dan tidak sedap dipandang, dia hanya memberikan satu komen itu. Oleh itu, Luna akan cepat-cepat memilih baju itu. Namun, dia tidak pernah melihat Luna memakai baju yang dibelinya.

Apa pun, itu bukan masalahnya. Duit bukanlah satu masalah. Ini kerana mamanya sudah menyediakan segalanya untuk Luna berbelanja.

Mata Lucas melirik pada jan tangannya. Sudah hampir dua jam mereka berada di kedai yang sama tetapi Luna masih belum memilih pakaian yang sesuai untuk dibeli. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tanpa membuang masa, Luna segera menjawab panggilan daripada Katerina.

“Tengah tunggu tuan puteri pilih pakaian ke?” tanya suara merdu Katerina.

Terkejut Lucas mendengarnya. Pantas sahaja dia melemparkan pandangan ke arah luar kedai. Dari situ dia dapat melihat Katerina sedang melambai-lambai tangannya sambil mengukir senyuman manis.

“Tunggu situ,” kata Lucas dan segera menamatkan perbualan. Tanpa mempedulikan Luna yang masih berada di dalam bilik persalinan, dia terus berlalu menemui Katerina.

“Jom, temankan saya pergi makan,” ajak Lucas.

“Tapi puteri awak...”

“Pandailah dia hidup sendiri,” balas Lucas selamba dan terus menarik Katerina berlalu dari situ.

“Lucas, okey tak?” Luna melompat keluar dari bilik persalinan dengan gaun labuh yang dicubanya. Dia memandang sekeliling dan menyedari Lucas tiada di dalam kedai itu.

“Lucas?” panggil Luna. Sangkanya Lucas mungkin sedang berjalan-jalan di sekitar kedai tetapi setelah Luna mencari, tiada langsung kelibat Lucas kelihatan.

“Kak, ada nampak lelaki yang duduk di sini tak?” tanya Luna kepada seorang pembantu kedai yang menjaga kaunter pembayaran.

“Tadi akak ada nampak dia keluar tapi tak tahu dia pergi mana,” jawab pembantu kedai itu.

“Hah?” Satu keluhan berat dilepaskannya. “Mana dia pergi ni?”

Setelah menyalin semula ke pakaian asalnya, Luna terus berlalu keluar dari kedai dengan perasaan kecewa. Dia telah cuba beberapa kali menghubungi Lucas tetapi panggilannya tidak disambut. Namun, tidak lama kemudian dia menerima mesej daripada Lucas.

Kau jalan-jalan dulu. Aku ada hal sikit dengan kawan. Nanti kalau nak balik mesej aku – Lucas.

Selepas membaca mesej itu, Luna terus tiada mood hendak berjalan lagi. Dia melihat jam tangannya dan terkejut apabila mendapati sudah lebih dua jam berlalu. Mungkin sebab itulah Lucas malas hendak menunggunya. Lucas pun satu, bukan nak cakap awal-awal yang mereka dah lama dalam kedai itu.
Aku nak balik sekarang boleh? - Luna

Luna membalas mesej Lucas. Namun, tiada balasan yang diterimanya. Oleh sebab bosan menunggu mesej yang tak kunjung tiba, dia berjalan-jalan di sekitar pusat beli-belah itu.

…bersambung

Bab akan datang:
Kemanakah arah tuju Luna pula selepas ini sementara menunggu Lucas?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience