Chapter 4

Fantasy Completed 9131

Bab 4

Kali ini, Lucas yakin bahawa Luna ingin membalas dendam terhadapnya kerana dia tidak menjawab panggilan telefon tadi. Kalau diikutkan hati, ingin sahaja dia meninggalkan Luna di situ dan membiarkan gadis itu dengan rajuknya. Namun, dia tidak mahu melihat wajah bengis mamanya atau mendengar bebelan mamanya jikakalau dia pulang ke rumah tanpa Luna.

Dengan hati yang membara, Lucas melangkah keluar dari perut keretanya dan mengorak langkah masuk ke dalam pusat beli-belah itu. Seperti yang dijangka, Antasia masih dikunjugi oleh orang ramai meskipun hari sudah larut pagi.

Dengan keluasan Antasia, adalah amat sukar untuk dia mencari seorang gadis apatah lagi dia tidak dapat meneka di mana Luna berada sekarang. Sudah puas dia melilau di tempat-tempat yang selalu dikunjungi oleh Luna tetapi tiada kelibat Luna kelihatan.
Ingin sahaja dia menggunakan khidmat kaunter pertanyaan untuk membuat pengumuman mencari Luna setelah dia penat berjalan tanpa arah tuju. Jikalau Luna mendengar pengumuman tersebut, pasti gadis itu akan tersenyum kejam seperti permaisuri jahat yang telah berjaya merampas takhta sesebuah kerajaan.

Namun setelah penat, akhirnya, dia nekad untuk menggunakan khidmat kaunter pertanyaan. Biarlah Luna menang buat kali ini kerana dia percaya hari kemenangannya akan tiba juga nanti. Sempat juga dia berharap yang Luna Lusia akan pergi jauh dari hidupnya buat selama-lamanya dan tidak akan kembali lagi.
Baru sahaja dia ingin melangkah ke kaunter pertanyaan, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Dia segera membaca mesej itu.

Aku ada di kereta kau sekarang. - Luna Lusia

Tanpa berlengah lagi, pantas kakinya mengorak langkah keluar dari Antasia dan bergegas ke tempat letak kereta di luar. Dalam perjalanan ke tempat keretanya, dia tertanya-tanya, bagaimana Luna tahu dia meletak kereta?

Menolak kemungkinan ditipu, Lucas terus menuju ke tempat letak kereta. Hari sudah larut malam menyebabkan dia malas hendak berfikir panjang. Jika Luna berada di situ, dia bersyukur. Jika Luna tiada, dia nekad akan pulang ke rumah meninggalkan Luna keseorangan di situ. Lantaklah jikalau mamanya bising. Dia tidak peduli.

Sebaik sahaja dia sampai di tempat letak kereta, tiada langsung bayang Luna kelihatan. Lucas menarik nafas lemah. Dia cuba menghubungi Luna sekali lagi. Namun, panggilannya tidak dapat disambung. Luna benar-benar telah menguji kesabarannya. Betul-betul melampau!

Mungkin dia patut menjadi jahat seketika. Tinggalkan Luna! Kata hatinya mula menghasut. Kemudian, satu mesej diterimanya. Lantas dia membaca.

Terima kasih dan selamat tinggal. - Luna Lusia.

“Ya, terima kasih dan selamat tinggal! Pergi mampuslah!” teriak Lucas yang tidak dapat menahan sabar lagi. Hampir sahaja di amembaling telefon bimbitnya itu.

…bersambung

Bab akan datang:
Apakah yang dimaksudkan denagn mesej dari Luna? Kemanakah dia ingin pergi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience