Chapter 14

Fantasy Completed 9131

Bab 14

Baru sahaja dia makan beberapa suap, Lucas akhirnya meminta diri untuk berehat. Dia ingin lari daripada memandang kerusi kosong di hadapannya itu tetapi dalam masa yang sama tubuhnya seakan tidak bermaya dan perlukan rehat yang secukupnya. Mariam dan Tuan Alias tidak banyak bertanya. Melihat pada wajah anak lelakinya itu, mereka sudah tahu, Lucas perlukan rehat yang panjang untuk pulih seperti biasa.

Malah pesan doktor lagi, Lucas tidak dibenarkan membuat kerja berat sehingga tubuhnya benar-benar pulih. Dan ada satu lagi yang perlu mereka ambil perhatian. Sesuatu yang membuatkan mereka berdua berat hati hendak beritahu. Sesuatu yang boleh menarik kembali kehidupan lama Lucas. Lucas perlu tahu tentang itu, jika tidak nyawanya akan berada dalam bahaya.

Satu keluhan berat dilepaskan Mariam.

Dia perlu kuat menghadapinya dan barulah dia boleh membantu Lucas selepas disarankan oleh doktor yang mengatakan lebih baik dia yang memberitahu. Kerana dia perempuan dan kerana dia adalah ibu kepada Lucas. Kasih sayang seorang ibu lebih berkuasa daripada segalanya.

******

Lucas Shah Putera melangkah masuk ke dalam bilik yang telah ditinggalkan sekian lama. Walaupun memorinya tidak berfungsi dengan baik tetapi dia masih lagi mengingati keadaan biliknya yang dahulu. Tidak banyak berubah. Sebuah katil terletak di tengah-tengah biliknya. Sebuah almari baju masih terletak di penjuru kanan. Sebuah meja tulis. Sebuah rak buku yang mengandungi buku-buku rujukan, komik dan beberapa buku motivasi yang dihadiakan oleh ayahnya dahulu. Sebuah cabinet sederhana besar yang terletaknya sebuah televisyen dan radio masih berada di tempat yang sama.

Tapi aneh. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang kurang. Frame gambar Luna! Frame gambar Luna yang selalunya diletak di atas meja belajarnya sudah tiada. Frame gambar itu Luna sendiri yang meletaknya di dalam biliknya itu. Dia ingat lagi, suatu hari, Luna meredah masuk ke dalam biliknya dan meletakkan frame gambar tersebut di tempat meja belajar.

“Apa ni?” Soal Lucas.

“Bingkai gambar aku,” jawab Luna.

“Untuk apa…?”

“Kita akan bertunang tak lama lagi. Orang kata kalau pasangan kita tu tak suka kita, kita perlu buat supaya dia suka kita. Itu gambar yang paling comel yang pernah aku ada,” jawab Luna dengan nada selamba.

“Siapa nak bertunang dengan kau?”

“Janganlah risau. Bertunang tu hanyalah satu ikatan saja. Bukannya betul-betul. Lagipun itu untuk kebaikan kau jugakan? Kalau mama kau check bilik kau dan tengok ada gambar aku mesti dia gembira. Jadi, tak delah mama kau asyik nak marah sebab tak ambil berat tentang aku,” kata Luna sebelum menghilangkan diri di sebalik pintu biliknya.

…bersambung

Bab akan datang:
Adakah Lucas merasa kehilangan setelah melihat frame gambar Luna tiada di mejanya? Kemanakah frame gambar itu hilang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience