Bab 89
“Aku tinggal bersama auntie dan uncle aku. Yang kaya adalah mereka, bukannya aku.” Luna menjawab seperti biasa.
“Yelah tapi kau merasa juga macam mana nak jadi seorang Princess, kan?”
Luna sekali lagi mengukir senyuman. Kalaulah Darling tahu hidupnya yang sunyi ini…. Mungkin sebab itulah ramai di antara kawan-kawannya silap sangka dengan kehidupannya sekarang. Ramai di antara mereka ingat, dia hidup dengan serba kemewahan. Itu memang tidak dapat dinafikan. Apa sahaja yang diminta akan diberi oleh Auntie Mariam tanpa sebarang pertanyaan lanjut tetapi ramai yang tidak tahu, bahawa hidupnya benar-benar sunyi.
“Eh, kau nak makan?” tanya Luna terus menukar tajuk perbualan. Jika boleh dia tidak mahu membincangkan hal itu dengan sesiapa pun.
“Aku suka makan.” Darling menjawab dengan ayat yang skema. Serentak itu mereka berdua pecah tawa.
“Huh, aku ingatkan bila dah jadi anak orang kaya, arah saja tukang masak tapi tak sangka kena masak juga,” kata Darling. “Bukan setakat masak tapi kena cuci pinggan mangkuk sekali.” Darling seakan tidak percaya melihat kehidupan Luna yang melakukan segala-galanya. Tidak seperti yang disangka selama ini.
“Tak ada bezanya. Dulu aku seorang yang langsung tak menghargai masakan orang. Asyik komplen saja. Lepas tu, Lucas yang dengar naik berang dan suruh aku masak. Pertama kali aku masak, memang hancur dan aku pun terpaksa dengar komplen daripada Lucas. Sejak itu, aku lebih suka makan masakan sendiri daripada masakan orang lain.” Ujar Luna sambil membilas pinggan mangkuk yang selesai digunakan.
“Lucas tu siapa?” Tanya Darling.
“Dia sepupu aku tapi dia tak tinggal di sini. Dia lebih suka habiskan masanya tinggal di hostel.”
“Lelaki?”
“Mestilah.”
“Handsome tak?”
“Boleh tahan.” Tenang sahaja Luna menjawabnya.
“Dah ada teman wanita?” Darling bertanya lagi.
“Itu kena tanya dia.” Jawab Luna lagi.
Normal. Perempuan mesti bertanya lebih tentang lelaki. Huh!
Luna memandang Darling. Lama. Kemudian, pandangannya berpaling melihat dua buah peti segi empat sama yang kecil itu. Dia masih memikirkan cadangan Darling tadi.
“Kita simpan kad kita berdua dalam kedua buah peti besi ini,” ujar Darling menerangkan sekali lagi.
“Itu saja ke?” Soal Luna waswas.
“Okey, syarat untuk memenangi permainan ni ialah seseorang itu mestilah dapatkan kad kita. Kalau kita sorok kad kita dalam kotak ni, mereka tetap tak akan menang sebab mereka berdua perlu mengeluarkannya dari peti besi ni. Dan aku dah buat ujikaji, kotak ini memang susah nak buka. Hanya yang ada kunci sahaja yang boleh membukanya,” ujar Darling sekali lagi.
“Jangan kata kau buat barang ni kat Dunia Antasia dan bawanya keluar dari sana.” Luna dapat mengagak sesuatu.
...bersambung
Bab akan datang:
Berjayakah Darling untuk mendapatkan peti besi itu?
Share this novel