Chapter 63

Fantasy Completed 9131

Bab 63

Mesej misteri itu bukan daripada Lucas lagipun memang mustahil Lucas akan memberi mesej seperti itu. Walaupun tidak tahu daripada siapa, Luna tetap berterima kasih kerana masih ada orang yang mengambil peduli akan kewujudannya.

Dia bangun daripada tempat duduknya dan berjalan menuju ke sebuah lift yang menghubungkan pintu utama ke Dunia Antasia. Pintu ke Dunia Antasia yang rosak tempoh hari telah berfungsi seperti biasa sejak semalam lagi.

Kad yang menjadi kunci masuk ke dalam Dunia Antasia digunakan untuk membuka pintu lift. Sebentar kemudian, dia melangkah masuk ke dalam lift yang terbuka luas. Sebaik sahaja pintu lift itu ditutup, Luna sudah membuat keputusan bahawa dia tidak akan lari lagi daripada dunianya. Walau apapun dunia yang sedang dihadapinya, dia akan terus mara dan mara dan bernekad tidak akan menyusahkan sesiapa lagi.

Aku tak tahu ada apa yang aku buat ini betul atau tidak tapi hidup mesti diteruskan. Mungkin Lucas tidak faham dengan masalah yang sedang aku hadapi ini. Tapi aku tak salahkan dia. Cuma, ada benarnya kata dia tadi. Aku tak boleh lari daripada masalah. Aku perlu ada keberanian untuk selesaikan masalah tu walau apapun yang terjadi. Aku perlu kuat. Aku tak boleh jadi Luna Lusia yang manja lagi dan asyik menyusahkan orang.

Dan mulai pada hari ini dan saat ini, aku bukan lagi Luna Lusia yang lemah. Aku ingin buktikan kepada Lucas bahawa aku bukan mudah dicabar. Aku akan jadi seseorang yang dia inginkan. Dia ingin aku menjadi kuat. Ya. Aku akan jadi kuat. Dia ingin aku buang perangai manja dan kebudak-budakkan. Ya. Aku akan jadi seorang yang agresif yang dia inginkan selama ini.

Aku ingin buktikan padanya bahawa aku tak perlukan bantuan daripada sesiapa untuk bangun sendiri. Aku akan selesaikan masalah aku sendiri! Aku lakukan semua ini bukan kerana Lucas tapi kerana aku sedar, tak kira aku berada di dunia mana sekalipun, jikalau tiada kekuatan, aku tetap seorang yang kerdil di mata orang. Aku akan senang dibuli dan orang akan sentiasa menganggap aku sebagai seorang budak-budak.

Jika dahulu aku bermimpi ingin menjadi seorang puteri yang manja tetapi sekarang aku ingin menjadi seorang puteri yang mampu berdiri dengan kaki sendiri. Seorang puteri yang kental dan tidak takut dengan segala ujian yang diberi. Dan pada masa itu, aku akan menjadi kuat dan kuat sehingga mereka semua takut dengan aku!
Luna Lusia
28 April; 11: 30 malam

******

Tarikh : 14 Mei 2008
Lokasi : 2.30 petang
Lokasi : Perpustakaan SMK Sri Merdeka

“Walau apa pun yang kau buat, tolong hentikannya sekarang,” Sky tiba-tiba menyapa Luna.

...bersambung

Bab akan datang:
Apakah yang Luna telah lakukan sehingga Sky mengatakan begitu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience