Chapter 46

Fantasy Completed 9131

Bab 46

Luna sekadar tersenyum apabila melihat Darling di sebelahnya seperti orang yang sudah di lamun cinta. Tapi memang benar kata Darling itu. Wajah Sky kelihatan tenang sahaja. Begitu juga dengan Lady Sofea yang tidak jemu dengan senyumannya.

Lencana mahkota putih yang dikelilingi dua selendang itu disinari dengan cahaya hijau menandakan Lady Sofea menerima pertandingan itu. Namun, apabila tiba giliran Sky, cahaya merah menyinari lencana mahkota itu. Masing-masing tergamam.

“Apa dah berlaku?” tanya Darling.

“Dia macam...”

Cahaya merah itu bermaksud Sky tidak mahu meneruskan pertandingan. Kemudian, satu sorakan “boo” kedengaran. Lady Sofea di bawah masih lagi mengukir senyuman sebelum berlalu meninggalkan dewan.

“Kenapa? Kenapa?”

“Macam yang saya beritahu tadi, kamu boleh memilih sama ada nak teruskan pertandingan ataupun menarik diri dan Sky dah menarik diri daripada pertandingan ni. Jadi secara automatik tiada pertandingan yang akan berlangsung,” jelas Lady Sofea.

“Semudah tu?”

“Tak mudah. Sebenarnya menarik diri daripada pertandingan adalah lebih berisiko,” ujar Lady Sofea. Luna perasan pandangan Lady Sofea bertukar menjadi serius. Kini, tumpuan mereka beralih pada Sky yang masih berada di bawah sana.

“Kenapa?”

“Tunggu dan lihat sahajalah. Jadikan ini sebagai amaran.”

Tidak lama kemudian, satu demi satu lembaga yang memakai jubah hitam seluruh badan muncul di setiap penjuru gelanggan pertandingan.

“Apa tu?”

“Black Admin. Ini adalah salah satu peraturan pertandingan. Sesiapa yang menarik diri daripada bertanding, mereka perlu berdepan dengan Black Admin. Setakat ni tak ada sesiapa pun yang dapat mengalahkan Black Admin.”

“Apa yang akan berlaku kalau kalah dengan Black Admin?”

“Dibuang dari Dunia Antasia. Buat selama-lamanya. Bukan tu saja, memori mereka juga akan dihapuskan.”

“Hah?”

Seketika kemudian, satu sinaran perak menyelubungi dewan itu menyebabkan rata-rata daripada mereka terpaksa melindungi mata masing-masing. Luna cuba memaksa diri untuk melihat di bawah sana. Dengan pandangan yang samar-samar, dia dapat melihat cahaya perak itu datang daripada sebilah pedang berwarna perak di tangan Sky. Dalam sekelip mata, Sky hilang dari pandangan mata kasarnya dan muncul semula di tempat asalnya beberapa saat kemudian.
Seketika kemudian, Black Admin yang mengepung Sky menjadi abu satu per satu. Luna tergamam. Cahaya perak itu beransur-ansur hilang dan dia dapat melihat dengan jelas kembali. Dia perasan, beberapa ahli senior melihat peristiwa itu tanpa berkedip. Malah, mereka semua seperti menumpukan perhatian terhadap apa yang mereka lihat.
Termasuklah Lady Sofea yang tiada langsung senyumannya.

“Apa dah berlaku?” Kedengaran orang bertanya di sekelilingnya apabila skrin hologram menulis WINNER bagi pihak Sky.
Dari jauh, Luna hanya melihat Sky yang masih lagi kelihatan tenang meninggalkan gelanggang pertarungan. Tiada lagi pedang perak yang dilihatnya tadi.

...bersambung

Bab akan datang:
Adakah Sky akan menerajui Dimensi King setelah menjadi juara?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience