Chapter 17

Fantasy Completed 9131

Bab 17

Bosan!

Itu yang dia dapat ungkapkan jika ditanya keadaannya sekarang. Dia bosan tinggal di rumah itu. Tapi apa boleh buat. Dia perlu tinggal di dalam rumah itu untuk satu jangka yang telah ditetapkan iaitu sehingga dia pulih sepenuhnya. Sekali lagi Lucas menarik nafas pendek sambil jari telunjuknya menekan-nekan butang remote control menukar channel televisyen yang langsung tidak menarik perhatiannya.

Akhirnya dia menutup televisyen. Telefon bimbitnya dicapai. Sejak sedar daripada koma tempoh hari, dia langsung tidak berkesempatan memeriksa peti pesanan mesejnya. Menurut mamanya, tiada seorang kawannya pun yang melawatnya di hospital sepanjang dia tidak sedarkan diri lagipun memang orang awam tidak boleh melawatnya. Itu arahan daripada pihak hospital. Hanya kaum keluarga sahaja yang boleh melawatnya.

Tiada mesej daripada Katerina tetapi langsung tidak membuatkan Lucas sakit hati dengan Katerina yang seolah-olah sudah melupakannya. Dia pasti, Katerina pasti tahu apa yang sudah terjadi kepada dirinya dan sekarang sedang menunggu jawapan daripadanya. Dahulu, dia pernah berpesan kepada Katerina.

“Jangan sesekali telefon saya walaupun apa yang berlaku, okey?”

“Kenapa?” tanya Katerina dengan suara manja.

“Saya tak nak mama saya syak hubungan kita. Nanti susahlah kita nak berjumpa.” Jawab Lucas memujuk Katerina. Katerina hanya menjawab dengan anggukkan kepala.

Tanpa buang masa, dia segera menghubungi Katerina. Mujurlah nombor telefon Katerina masih lagi tersemat di dalam ingatannya, jika tidak itu satu hal yang perlu di selesaikan. Akan tetapi, panggilannya dijawab oleh operator telefon.

“Maaf, nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan,” kata suara operator telefon itu. Lucas meneliti sekali lagi nombor yang didailnya. Benarlah itu nombor telefon Katerina. Dia yakin tetapi operator telefon mengatakan nombor itu tiada dalam perkhidmatan.

Lantaran itu, dia cuba mendail nombor telefon rumah Katerina pula. Kali ini, talian itu berdering. Dia menghela nafas lega. Mungkin telefon bimbit Katerina hilang ataupun kena curi dan menyebabkan Katerina tidak dapat dihubungi. Setelah beberapa minit menunggu, panggilannya disambut.

“Helo,” jawab seorang perempuan dengan suara malas dan mengantuk.

Dia tahu, dia tidak sepatutnya menelefon pada jam 2:00 pagi!

“Katerina ada?” terus Lucas bertanya malah dia yakin bahawa yang menjawab panggilan telefonnya itu bukan Katerina. Suara Katerina lembut bukan macam suara perempuan ini yang seperti serak-serak basah.

“Siapa ni?” soal perempuan yang menjawab panggilan itu.

“Boyfriend dia,” jawab Lucas tanpa berselindung lagi.

“Ya. Boyfriend dia. Semua lelaki yang call dia semuanya mengaku boyfriend Katerina. Sorry, saya tak bermaksud nak melenting tak tentu pasal. Sejak dia tinggalkan rumah ni, ramai lelaki cari dia termasuklah Ah Long yang dia berhutang.”

…bersambung

Bab akan datang:
Adakah Katerina sudah menghilangkan diri?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience