Bab 47
“Sky, The Silence Killer,” kata Lady Sofea menyebabkan semua ahli Dimensi Queen terdiam. “Itu gelaran dia. Dia bakal menerajui Dimensi King generasi ke-2?”
“Generasi ke-2?”
“Dimensi King sekarang dikuasai oleh Prince. Tiada ada sesiapa pun yang mengenalinya dan dia juga jarang muncul di khalayak ramai. Prince merupakan King generasi pertama manakala Sky dikatakan akan menggantikan tempat Prince suatu hari nanti. Begitu juga dengan Juliet dari Dimensi Jewel dan Romeo dari Dimensi Royal. Mereka juga merupakan antara yang akan menjadi ketua bagi generasi kedua.”
“Sama seperti Lady Sofea?”
Lady Sofea sekadar menggeleng.
“Mungkin tapi saya belum layak untuk mendapat gelaran tu. Sebenarnya belum ada sesiapa pun di Dimensi Queen yang menunjukan prestasi yang membanggakan. Dengan kata lain, berbanding dengan tiga dimensi tu, kita juah ke belakang.”
Aku tidak peduli dengan semua itu. Aku tidak peduli dengan Dimensi, dengan pertandingan atau Black Admin yang menggerunkan itu tetapi pada masa itu aku hanya memikirkan Sky. Ini pertama kali aku berjumpa dengan lelaki yang tidak aku kenali sehingga terbayang-bayang sehingga ke hari ini. Setiap detik, aku akan teringatkan wajah tenang Sky ketika beraksi di padang menewaskan Black Admin.
Aku tidak tahu bagaimana dia lakukan akan tetapi aku tahu, dia bukannya calang-calang orang. Masakan tidak semua ahli senior memandangnya seperti berdendam dengannya. Aku masih ingat lagi wajah Lady Sofea memandang Sky. Wajahnya penuh kebencian dan kekejaman. Ini kali pertama aku dapat rasakan jantung aku berdegup dengan pantas sehingga aku tidak dapat bernafas.
Aku tahu aku sedang menghampiri satu dunia yang penuh dengan bahaya. Satu dunia yang menyogok aku dengan impian yang indah-indah tetapi dunia itu penuh muslihat. Tetapi aku tidak boleh lari daripada dunia itu. Walaupun aku boleh lari tetapi aku tetapi ingin berada di sana.
Aku ingin mengenalinya. Wajahnya yang tenang seperti memberiku isyarat bahawa tiada apa yang perlu ditakutkan. Aku ingin berjumpa dengannya. Walaupun sekejap dan pada masa itu, aku ingin bertanya sesuatu…. Siapakah dia sehingga boleh membuat hidup aku menjadi tidak menentu?
Sky – The Silence Killer.
Hari ini, hari pertama aku berjumpa dengannya.
Luna Lusia
16 Mac; 1:03 pagi
******
Aku paling benci pergi sekolah. Kadangkala aku tertanya, apa yang best sangat di sekolah sana? Belajar, belajar dan belajar. Macam tak ada perkara lain yang nak buat. Kalaulah aku memerintah dunia ini, perkara yang pertama kali aku hapuskan adalah sekolah yang menyusahkan itu.
Jika aku bercakap perkara ini kepada orang dewasa, mereka pasti akan menghentam aku balik dengan syarahan-syarahan yang boleh mencairkan taik telinga ini.
...bersambung
Bab akan datang:
Adakah suatu hari nanti Luna akan memulakan perkenalan dengan Sky
Share this novel