Chapter 99

Fantasy Completed 9131

Bab 99

“Ini aku.” Sapa suara itu. Suara yang sudah lama tidak didengarinya.

“Sky.”

Sky bangun dan kemudian ikuti oleh Luna.

“Hai Princess, lama kita tak berjumpa, kan?” Juliet menyapanya.

“Juliet.” Luna seakan tidak percaya dapat berjumpa dengan Juliet lagi.
Begitu juga dengan Romeo yang berada di sebelah Juliet dan kemudian mata Luna tertumpu ke arah kaki Juliet yang memijak sesuatu. Bukan sesuatu tetapi tubuh manusia.

“Oh, kenalkan inilah orang yang membunuh Darling tadi,” ujar Romeo yang seperti nampak apa yang berlaku tadi. Seolah-olah mereka bertiga berada di sekitar sekolah itu cuma dia sahaja yang tidak nampak. Mungkin mereka bertiga tidak pergi meninggalkan sekolah dan berada di sekitar itu untuk memerhati tapi bagaimana? Takkanlah mereka menggunakan teknik halimunan? Dan satu soalan lagi, apa yang mereka buat di sekolahnya lagi?

Tetapi sekarang, bukan mereka bertiga yang menjadi sasarannya sekarang. Yang menjadi sasarannya sekarang ialah lelaki yang membunuh Darling itu!

“Kenapa kau bunuh Darling?” tanya Luna melangkah setapak menghampiri lelaki itu. Tiba-tiba Luna hilang imbangan dan jatuh ke bumi. Dia dapat merasai kesakitan yang pedih di bahagian kakinya.

“Kau tak apa-apa?” Tanya Sky di sebelahnya.

Lupa pantas menggeleng. Sekarang ini dia tidak pedulikan kesakitan di bahagian kakinya. Ada sesuatu yang lebih penting daripada kesakitan yang dirasainya itu.

“Princess, kau boleh tanya soalan tu pada kami nanti. Sekarang ni, dia milik kami dan biarlah kami bertanya soalan kepadanya,” kata Juliet yang masih lagi tersenyum manis. Luna langsung tidak mengerti maksud Juliet.

“Okey! Beritahu siapa yang hantar kau.”

“Juliet,” tegur Sky.

“Oh, aku lupa. Okey, abaikan soalan tu. Jawab soalan ni pulak, berapa ramai lagi orang seperti kau dan yang penting sekali di mana markas korang?!” Soal Juliet dengan tegas.

Namun, lelaki itu menjawab dengan ketawa yang kuat seperti dirasuk hantu. Kemudian, lelaki itu menolak kaki Juliet dengan sepenuh tenaganya. Pistol yang terjatuh tidak jauh daripadanya dicapai dan dengan tangkas, lelaki itu menembak kepalanya sendiri.

“Ah, another stupid and idiot person!” Keluh Romeo sekadar menggeleng.

Luna yang melihat kejadian itu hampir terkena serangan jantung apabila jantungnya sendiri berhenti berdegup. Baru terkejut dengan kejadian menembak diri itu, Luna dikejutkan lagi apabila melihat sendiri mayat lelaki itu bertukar menjadi abu pasir secara perlahan-lahan.

Luna merasai tubuhnya semakin lemah. Pernafasannya semakin tidak menentu. Jantungnya juga telah lama berhenti berdegup. Kepalanya terasa berat manakala matanya semakin lemah untuk dibuka lagi. Kali terakhir dia ingat, tubuhnya yang hilang imbangan itu disambut oleh Sky…

Luna membuka mata. Perlahan-lahan dia melihat tubuh seseorang dalam kesamaran malam.

...bersambung

Bab akan datang:
Siapakah yang ada bersamanya ketika itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience