Chapter 90

Fantasy Completed 9131

Bab 90

Tidak mungkin Darling boleh dapatkan peti besi yang lengkap dengan ciri-ciri keselamatan dan hanya boleh dibuka dengan kuncinya sahaja.
Darling hanya menjawab dengan satu senyuman.

“Darling, tak sangka kau begitu cerdik!” Luna tersenyum ceria apabila menyedari masalahnya itu sudah selesai.

“Ya. Aku memang cerdik,” kata Darling meninggi diri.

Keesokan harinya Luna berasa begitu lapang. Tiada apa yang perlu dirisaukan lagi. Segalanya sudah selesai walaupun permainan masih berlangsung. Sudah lama dia tidak melangkah ke Dunia Antasia dan ‘bermain’ di sana. Dia rindu untuk jejak kaki ke sana lagi. Setelah permainan ini tamat nanti, dia akan kembali ke dunia sana seperti biasa.

Dia tidak perlu takut dengan permainan ini lagi. Malah, tiada orang yang akan diarah merampas kad Antasia daripadanya. Sememangnya dia boleh ke Dunia Antasia dalam tempoh permainan ini berlangsung, akan tetapi dia perlu bijak membuat keputusan.

Tidak lama kemudian, Luna dikejutkan apabila telefon bimbitnya berbunyi yang menandakan terdapat satu mesej telah masuk. Tanpa berlengah lagi, Luna segera membaca mesej tersebut.

Semua ahli Queen diminta berkumpul di Café Queen 99 – Lady Sofea.
Mesej daripada Lady Sofea mengejutkannya. Jika Lady Sofea telah memberi mesej supaya berkumpul di café yang telah ditetapkan, ini bermakna bahawa permainan ini sudah tamat. Serentak dengan itu, Luna mengukir senyuman sambil menghela nafas lega. Tamat jua akhirnya.

Luna kemudiannya berlalu membuka laci meja belajarnya. Sebuah peti besi dikeluarkan. Dia tersenyum sendirian. Akhirnya, dapat juga dia bertahan dan menyimpan kad Antasia dengan selamat dan tidak jatuh ke tangan orang lain. Kunci tunggal yang disangkut pada rantai di lehernya dileraikan. Dengan perlahan-lahan dia memutar anak kunci untuk membuka peti besi yang comel itu. Akhirnya kunci peti besi itu terlerai dan perlahan-lahan Luna membukanya.

Senyumannya yang terukir tadi tiba-tiba mati. Dia menggosok matanya beberapa kali tetapi sama. Kad Antasia miliknya sudah hilang!

******

Tarikh : 18 Ogos 2008
Masa : 11.00 pagi
Lokasi : Kafe Queen 99

Cafe Queen 99 terletak di sebuah lorong deretan kedai papan yang telah lama ditinggalkan. Lokasinya terletak di pinggiran bandar raya Kuala Lumpur. Sepanjang Luna berjalan di lorong itu, dia langsung tidak nampak sesiapa pun berlegar-legar di situ. Selalunya apabila terdapat perjumpaan di luar Dunia Antasia, mereka dikehendaki membuat perjumapan di tempat yang tidak ramai orang. Ini adalah untuk mengelakkan kegiatan Dunia Antasia daripada terdedah kepada umum.

Pintu Café Queen 99 yang tertutup rapat tadi, ditolak perlahan-lahan. Pintu itu sudah uzur tetapi masih boleh digunakan. Dari muka pintu, dia dapat melihat beberapa ahli Queen di dalam.

...bersambung

Bab akan datang:
Mengapa Lady Sofea meminta ahli Queen berkumpul di situ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience