Chapter 18

Fantasy Completed 9131

Bab 18

Lucas berasa terkejut dengan apa yang dikatakan oleh perempuan yang langsung tidak dikenalinya itu. Kemudian baru dia teringat, Katerina tinggal seorang diri di apartment itu dan dari mana datangnya perempuan yang tidak diketahui menjawab panggilannya.

“Err… ni rumah Katerina ke?”

“Ya. Rumah Katerina. Encik jangan terkejut. Cakaplah, apa yang Katerina tipu encik kali ni?”

“Tapi bukan ke dia tinggal seorang diri?”

“Itu dia cakap? Kalau macam tu, nampaknya encik dah kena tipu. Dia tinggal menyewa di apartment ni. Sewa pun dia selalu lambat bayar dan kali terakhir dia cabut macam tu saja dan langsung tak bayar duit sewa tiga bulan yang tertunggak.”

“Hah?!”

“Encik, saya bukan nak kata apa. Mungkin encik adalah orang yang ke 100 lebih ditipu oleh perempuan tu. Kalau encik dah jatuh cinta dengan Katerina, saya cadangkan, janganlah cari dia. Biarlah dia dengan dunia menipunya dan mulakan hidup baru tanpa perempuan tu. Lupakan dia. Dia memang seorang yang suka kikis harta orang.”

“Tapi….”

“Maaf encik, saya manusia biasa yang perlu tidur malam untuk bangun pergi bekerja pada esok pagi. Saya perlukan rehat dan dengan kata lain saya perlukan tidur sekarang.” Talian terus diputuskan begitu sahaja.

Banyak persoalan timbul di fikirannya sekarang. Dia sendiri tidak tahu sama ada dia hendak percaya kata penyambut panggilannya tadi atau tidak. Seingatnya, dia sudah berkawan dengan Katerina sejak di bangku sekolah lagi. Kemudian, setelah tamat sekolah, dia berjumpa dengan Katerina di kolejnya belajar sekarang dan bermula pada situlah cintanya berputik.

Setelah bertahun berkawan dengan Katerina, dia tidak pernah mengesyaki sesuatu yang tidak baik tentang Katerina tetapi selepas apa yang didengarinya tadi, dia mula berasa sangsi.
Dahulu, selepas rakan-rakannya mengetahui akan hubungannya dengan Katerina, ramai di antara mereka menasihatinya supaya berhati-hati dengan Katerina. Bagaimanapun mereka tidak memberikan sebarang alasan yang munasabah menyebabkan dia tidak pernah ambil peduli akan nasihat mereka.

Bukan sahaja kawan-kawannya yang berkata begitu, malah Luna juga pernah menasihatnya supaya berhati-hati dengan Katerina. Dia ingat lagi, pada masa itu dia terus melenting dan memarahi Luna kerana masuk campur dalam urusan peribadinya.

“Kau tu siapa nak masuk campur dalam hidup aku? Tunang? Hey, kita belum bertunang lagi dan mungkin takkan bertunang. Memang aku suka dengan Katerina tu. Aku tak kisah aku kena sihir oleh dia ke atau dia sengaja nak kikis harta aku ke, aku tak kisah. Yang kau nak masuk campur kenapa? Sedar sikit, kau tu hanyalah orang luar saja dalam keluarga ni!”

…bersambung

Bab akan datang:
Mungkinkah Luna sudah mengetahui perangai Katerina yang suka menipu dan mengikis harta orang? Apakah yang akan dilakukan oleh Lucas untuk mengetahui tentang Luna?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience