Get the app for full experience
Bab 41
“Tahniah! Sekarang adik merupakan salah seorang ahli Antasia dan sebentar lagi pemilihan akan berlangsung. Adik namapk ta lif di tepi tu? Lif tu hanya berfungsi dengan kad ni. Adik boleh gunakan lif tu untuk pergi ke tempat pemilihan. Lepas tu adik akan berada di dunia yang adik idam-idamkan selama ini,” terang wanita itu dengan senyuman. Senyuman wanita itu seolah-olah menggodanya dengan janji-janji manis.
Tanpa berfikir panjang, Luna terus mengorak langkah menghampiri lif berwarna emas itu. Kad yang diterimanya tadi dimasukkan ke dalam slot khas untuk membuka pintu lif. Seketika kemudian, pintu lif tersebut terbuka luas. Dia segera melangkah masuk ke dalam. Yang hairannya, orang ramai yang lalu-lalang di hadapan lif itu seperti tidak nampak lif tersebut.
Setelah pintu lif tertutup rapta, barulah dia teringat akan sesuatu. Dia terlupa untuk bertanya kepada wanita tadi tingkat mana yang perlu dituju. Luna memandang sekeliling dan mendapati bahawa tiada sebarang butang yang perlu ditekan.
“Aku dah terperangkap!” ujarnya panik. Dia menjerit meminta tolong dengan mengetuk-ngetuk pintu lif tetapi tiada pintu itu masih tertutup rapat. Dia segera mengeluarkan handsetnya tetapi malangnya dia mendapati handsetnya langsung tiada isyarat talian.
Dia semakin panik. Tiba-tiba, dia dengar sesuatu di belakangnya. Seperti bunyi pintu lif terbuka padahal pintu lif berada di hadapannya. Perlahan-lahan dia berpaling ke belakang dan terkejut apabila dia melihat satu cahaya keemasan di hadapannya sekarang.
Seperti disihir, kakinya mengorak langkah mara ke hadapan. Walaupun dia masih takut-takut lagi tetapi perasaan ingin tahu menguasai dirinya sekarang. Lama kelamaan cahaya emas itu semakin hilang dan alangkah terkejutnya apabila melihat di hadapannya sekarang.
“Wah!”
Sungguh dia tidak sangka. Dia berada dalam dunia imaginasinya sekarang!
“Kau pergi mana tadi? Puas aku telefon!” marah Lucas setelah Luna memasuki kereta.
“Shopping,” jawab Luna dengan senyuman manis.
...ini adalah rahsia yang sukar untuk aku ungkapkan. Apa yang boleh aku nyatakan, impian dan angan-angan aku sudah menjadi kenyataan. Hari ini, aku menemui dunia yang sangat aku idam-idamkan. Aku tahu, bunyikan seperti gila. Ya. Benda ini memang gila dan sampai sekarang aku masih tidak percaya bahawa semuanya adalah realiti dan bukannya mimpi semata-mata.
Aku merasai dan aku merasakan ianya wujud. Aku tidak kisah jikalau orang kata aku dah gila sekarang. Apa yang penting sekarang, aku sudah menemuinya. Perasaan aku pada ketika ini, memang tidak terkata seronoknya. Aku ingin melompat keriangan. Aku juga ingin ketawa bagaikan orang gila sekarang.
1 Februari tahun 2008. Hari yang paling bersejarah dan paling bermakna. Aku tidak akan melupakan hari ini sampai bila-bila pun.
…bersambung
Bab akan datang:
Apakah yang dimaksudkan Luna? Apakah yang menyebabkan dia gembira di situ?