Chapter 74

Fantasy Completed 9131

Bab 74

Darling mempamerkan wajah terkejut sebaik sahaja mendengar berita itu. Barangkali dia tidak menyangka bahawa bukan sahaja Sky bersekolah di situ tetapi Romeo dan Juliet juga bersekolah di situ manakala Luna tidak menceritakan apa-apa mengenai hal itu.

“Macam mana mereka boleh bersekolah di sekolah yang sama dengan kau?” Soal Darling inginkan cerita sebenar daripada Luna.

“Anggap sajalah benda ni kebetulan. Walaupun kami satu sekolah tapi kami tak pernah bertegur sapa,” jawab Luna.

Dia tahu dia berbohong tetapi pada hakikatnya memang hubungannya dengan mereka bertiga tidak baik lebih-lebih lagi hubungannya dengan Sky. Susah hendak cakap. Dia pun tidak mengerti apakah yang menyebabkan dingin dengan kehadirannya. Padahal bukan dia sudah lama bersekolah di situ.

“Oh, kalau macam tu, biar aku yang tegur dia dulu.” Ujar Darling dengan penuh keyakinan.

“Lupakan.” Luna membalas dan lebih tepat lagi memberi amaran kepada Darling supaya batalkan sahaja niat Darling untuk bertegur sapa dengan Sky.

Sky mungkin seorang yang peramah dengan kebanyakan pelajar perempuan tetapi dia bukan seorang yang peramah apabila terserempak dengan ahli Antasia yang lain. Ini terbukti apabila dia memulakan pertarungan dengan Juliet walaupun mereka berdua bekerjasama dalam misi mereka. Daripada kejadian itu, Luna sudah membuat kesimpulan sendiri iaitu Sky memang anti dengan ahli Antasia.

“Tapi aku nak tegur juga. Ini dunia nyata dan bukannya Dunia Antasia.”

Tanpa mengendahkan teguran Luna, Darling pantas melangkah menghampiri Sky yang duduk keseorangan di sebuah pondok rehat.
“Hai, saya Darling dari Queen dan juga merupakan kawan Princess,” Tanpa melengahkan masa lagi, Darling terus memperkenalkan dirinya kepada Sky.

Luna sekadar memandang Sky dari jauh. Dia tidak mampu hendak menghalang Darling daripada kedengilan Darling yang ingin berkenalan dengan Sky. Jikalau Sky menerima salam perkenalan daripada Darling dengan baik, dia akan menganggap Darling seorang yang hebat dalam berkomunikasi dengan Sky yang dingin itu. Jika perkenalan mereka tidak berjaya, mungkin dia dapat menguatkan kesimpulannya terhadap Sky. Sky memang dingin dengan ahli Antasia!

Selepas sahaja Luna mendengar Darling menegur Sky, Luna menyedari bahawa Sky sedang memandang ke arahnya. Pandangannya seperti hari-hari biasa. Penuh dengan keangkuhan dan kedinginan. Melihat sahaja pandangan tidak mesra daripada Sky itu, Luna sudah dapat mengagak bahawa Darling juga tidak berjaya mengubah Sky supaya menjadi seorang yang peramah dengan ahli Antasia yang lain. Satu keluhan berat dilepaskan apabila melihat Sky bangun daripada duduknya dan mengorak langkah berlalu dari situ tanpa mempedulikan Darling yang masih berharap salam perkenalan daripada Sky itu.

“Kenapa dengan dia tu?” Darling bertanya sambil menghampiri Luna.
Luna dapat merasai bahawa Darling berasa kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh Sky tadi.

...bersambung

Bab akan datang:
Mengapa Sky sering bersikap dingin?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience