Bab 77
Kemudian, sebuah kereta kecil berwarna pink lembut berhenti di hadapan hentian bas itu. Cermin kereta di turunkan dan Luna dapat melihat dengan jelas kelibat Juliet di dalamnya. Memang sedikit mengejutkan apabila melihat Juliet memandu kereta seorang diri. Ini kerana umur Juliet lebih muda setahun dan pastilah Juliet belum mempunyai lesen memandu!
Tetapi itu bukan soalan yang perlu di tanya sekarang. Tanpa kata banyak, Luna melangkah masuk ke dalam perut kereta yang dipandu oleh Juliet itu.
“Jangan risau. Mungkin aku tak ada lesen tapi rilek. Sekarang ni kan ada kereta auto dan budak-budak umur 12 tahun pun boleh bawak kereta auto,” kata Juliet seperti dapat membaca apakah yang sedang bermain di fikiran Luna tadi.
“Okey, straight to the point. Aku tak tahu nak minta bantuan daripada siapa lagi. Sky berharap aku dapat hubungi Lady Sofea tapi aku tak percaya dengan Lady Sofea dan memandangkan kau sahaja ahli Queen yang aku kenal, aku terus hubungi kau,” kata Juliet lagi memandu keretanya dengan laju ke destinasi yang Luna sendiri tidak tahu.
“Kenapa dengan Sky.”
“Nak diringkaskan cerita. Kami gagal dalam misi seterusnya dan Sky cedera parah. Dia terkena peluru hidup. Kami sangka ianya hanyalah peluru biasa tapi bila aku dah keluarkan peluru tu, kami dapati peluru tu di salut dengan sejenis racun yang hanya Queen sahaja tahu bagaimana hendak merawatnya.”
“Tapi, aku tak belajar sampai ke tahap itu,” kata Luna dengan berterus-terang.
“Ya. Aku tahu. Hanya ahli yang melepasi Level 2 sahaja yang mampu menguasai ilmu racun meracun orang tapi tak mengapa, aku hanya perlukan pertolongan kau seorang untuk dapatkan cara bagaimana hendak perolehi buku penawar tu. Buku tu berada di Perpustakaan Queen.”
“Macam mana kau tahu tentang buku penawar tu?” tanya Luna hairan.
“Princess, apa gunanya kalau nak musnahkan Dunia Antasia tetapi tak tahu selok belok Dunia Antasia?” balas Juliet.
Luna mengangguk faham. Memang ada benarnya kata Juliet itu.
“Tapi sebelum tu, aku nak jumpa Sky dulu. Aku nak pastikan sama ada apa yang kau kata ni benar atau tak.”
“Princess, Sky dah tak ada masa lagi. Kita perlu dapatkan segera buku penawar tu kalau tak nyawanya akan melayang.”
“Aku tahu cara untuk hentikan racun tu daripada ia merebak dengan pantas,” balas Luna.
Tidak lama kemudian, kedengaran keluhan berat daripada Juliet. Serentak dengan itu juga, Juliet memulas stereng keretanya memasuki jalan bertentangan. Juliet akhirnya terpaksa mengalah.
Kereta yang dipandu oleh Juliet tadi berhenti di sebuah rumah agam yang mempunyai keluasan seluas padang golf. Dengan melihat sahaja rumah agam yang terseragam indah itu, apa yang dapat disimpulkan rumah itu telah dibina lebih kurang berpuluh-puluh tahun yang lalu.
...bersambung
Bab akan datang:
Bagaimana pula Luna mengetahui cara merawat racun itu?
Share this novel