Chapter 24

Fantasy Completed 9131

Bab 25

Dia masih lagi terkejut dengan kehadiran dua orang yang menyiasat kejadian misteri di Antasia itu di rumahnya. Menurut mamanya, mereka sudah banyak kali telefon untuk mendapatkan kerjasama daripadanya. Sudah puas mamanya menolak kehadiran mereka tetapi mereka ingin mendapatkan kepastian tentang sesuatu yang mungkin boleh dijadikan petunjuk dalam siasatan mereka.

“Encik Lucas….”

“Panggil Lucas saja.”

“Okey, Lucas. Seperti yang awak tahu, awak satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kejadian itu.”

“Ya sebab saya berada jauh dari Antasia,” jawab Lucas dengan tenang.

Memang itu yang difikirnya selama ini. Dia bernasib baik kerana terselamat daripada kejadian itu kerana dia berada jauh dari tempat kejadian tetapi kesannya masih terasa.

“Ya. Sama ada bertuah atau sebaliknya.” Inspektor Dahlan berkata seperti meraguinya. Gayanya seperti menganggapnya adalah pesalah yang terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai di Antasia, tiga bulan yang lalu.

“Maksud inspektor?” Mariam yang turut berada di situ pantas berkata setelah menyedari kata-kata Inspektor Dahlan amat meragukan.

“Jangan salah faham, saya tak bermaksud begitu. Lucas, awak ingat apa awak buat sebelum kejadian tu?” tanya Inspektor Dahlan lagi.

“Tunggu Luna di tempat letak kereta,” jawab Lucas tenang.

“Itu saja?”

Lucas mengangguk tenang walaupun dia tidak senang apabila ditanya soalan begitu. Walaupun Inspektor Dahlan menafikan dia mungkin terlibat tapi gaya Inspektor itu berkata, dia sudah tahu pasti ada sesuatu yang diragui mereka.

“Awak tak ingat awak ada masuk ke dalam bangunan Antasia beberapa minit sebelum kejadian itu berlaku?”

Dengan perlahan Lucas menggelang. Bukannya dia takut tapi dia cuba mengingati kembali kejadian tempoh hari dan dia hanya ingat, dia terlihat di cahaya terang menyelubungi Antasia. Selepas itu, dia sudah tidak ingat apa-apa.

“Tapi boleh tak awak terangkan video yang kami dapat?” tanya Encik Rahsil pula sambil mengeluarkan sebuah komputer riba dari beg yang dibawanya dan menayangkan sebuah video yang seakan rakaman CCTV.

Lucas yang melihat video itu terkejut apabila dirinya berada dalam video itu. Dia melintasi rakaman CCTV itu beberapa kali. Lagaknya seperti orang berjalan tanpa arah tujuan. Hilang daripada rakaman dan kemudian muncul kembali di tempat yang sama dan kemudian hilang semula menuju ke arah lain dan seketika kemudian kembali ke tempat sama sekali lagi.

Kemudian, dia melihat dirinya sendiri membelek handset sebelum meninggalkan Antasia dengan tergesa-gesa. Beberapa minit kemudian, rakaman itu tamat.

“Boleh kamu terangkan?” tanya Encik Rahsil yang menanti jawapan. “Ini satu-satunya rakaman pada CCTV yang dapat diselamatkan. Pertama kali tengok rakaman ni, saya tertanya-tanya, apa yang berlaku pada masa tu.”

“Maaf, saya tak ingat,” kata Lucas cuba mengingati kejadian itu.
…bersambung

Bab akan datang:
Benarkah Lucas tidak dapat mengingati bahawa dia telah masuk ke dalam Antasia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience