Chapter 54

Fantasy Completed 9131

Bab 54

“Yelah dulu kaulah orang pertama yang akan dapatkan berita sensasi tapi sekarang ni, macam kau dengan dunia kau saja.”

“Hazirah, kau percaya tak pada kebetulan?”

“Apa maksud kau?”

“Sebagai contoh, kau pernah harapkan sesuatu dan tiba-tiba benda tu berada di hadapan mata. Bukan sekali saja tapi berkali-kali.”
“Aku tak faham.” Hazirah menggeleng.

“Emm... aku pun tak faham,” Luna menarik nafas lemah. “Ah, baik abaikan apa yang aku kata tadi. Tadi kau kata apa? Baiduri mungkin akan jatuh cinta pada Sky tu?”

“Itu anggapan aku saja. Kau sendiri pun tahulah perangai dia macam mana. Pantang jumpa lelaki kacak sikit mesti menggelupuh tak tentu pasal,” kata Hazirah separuh berbisik memandangkan tempat duduk mereka hanya beberapa meter sahaja dengan tempat duduk Baiduri.

“Aku dengar lagi, Romeo ada affair dengan Juliet. Emm... sesuailah tu, Romeo and Juliet.”

“Tapi bukan ke kau kata, Romeo baru couple dengan Baiduri semalam?”

“Dah namanya Romeo mestilah perangai macam Romeo. Kaki ayat perempuan. Tapi betullah, tengok muka dia pun dah dapat tahu orangnya macam mana. Macam Juliet juga, naik menyampah juga aku tengok dia tapi macam kau kata, selagi dia tak kacau hidup kita, buat apa kita nak berperang dengan dia, bukan?”

Luna sekadar mengangguk. Memang dia pernah kata begitu dahulu dan tak sangka Hazirah masih ingat lagi dan mengamalkan apa yang dikatakannya itu.

“Ingatan kau dah okey? Dah ingat balik siapa Romeo?” tanya Hazirah sambil tersenyum sinis.

Luna sekali lagi menjawab dengan senyuman. Biarlah dia sahaja yang simpan rahsia itu. Lagipun jikalau dia beritahu Hazirah tentang apa yang berlaku dan apa yang mungkin sedang berlaku sekarang ini, pasti Hazirah akan menganggapnya gila lagi.

Walaupun dia sudah biasa dianggap gila oleh Hazirah dan rakan-rakannya yang lain, tetapi dia masih lagi dia masih ingat syarat utama Antasia yang tidak membenarkan sesiapa membocorkan rahsia ini kepada sesiapa pun termasuklah ibu bapa sendiri.

“Biar saya beritahu sebelum anda semua melangkah dengan lebih jauh lagi di Antasia. Antasia adalah sebuah dunia yang merbahaya sebenarnya. Tapi, itu jikalau anda tidak mematuhi peraturan utama Antasia.” Kata-kata Lady Sofea pada hari pertama dia melangkah masuk ke dalam dunia Antasia masih lagi disimpan semat di dalam kotak ingatannya.

“Terdapat lima peraturan utama yang perlu dipatuhi semasa di Antasia.

Pertama, ahli tidak dibenarkan menceritakan tentang Dunia Antasia kepada sesiapa yang bukan ahli Antasia. Kedua, ahli tidak dibenarkan menukar hak milik, meminjam atau menggunakan kad Antasia milik orang lain walaupun orang tu adalah ahli Antasia. Ketiga, ahli tak dibenarkan menjalankan aktiviti, perbuatan atau apa sahaja bentuk yang boleh mendedahkan Dunia Antasia kepada dunia luar.

...bersambung

Bab akan datang:
Mampukah Luna mematuhi peraturan di dunia Antasia agar tidak diketahui rakannya yang lain?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience