Get the app for full experience
Bab 66
Masih ada peluang untuk kamu semua berfikir. Sertai atau tinggalkan Dunia Antasia yang ajaib ini. Satu lagi, apabila seseorang itu menarik diri dan tidak dibenarkan memasuki Dunia Antasia lagi, ingatan dia juga akan ‘dicuci’ supaya rahsia Dunia Antasia tidak didedahkan kepada orang luar,” ujar Lady Sofea menerangkan dengan lebih terperinci supaya mereka tidak salah membuat keputusan kelak.
Kemudian, mereka diberi masa untuk membuat keputusan. Sepanjang masa itu, Luna sekadar mendiamkan diri manakala rata-rata daripada ahli Queen berbincang sesama sendiri. Ada yang didengarnya ingin menarik diri sahaja memandangkan mereka tidak tahu apakah permainan yang akan mereka lalui dan ada juga yang berkobar-kobar ingin menyertai pertandingan itu.
“So, macam mana? Kau nak sertai?” tanya Darling menyoal sejak daripada tadi. Sejak awal-awal lagi Darling sudah membuat keputusan untuk menyertainya memandangkan dia tidak mahu keluar daripada Dunia Antasia.
“Aku tak nak tinggalkan Dunia Antasia ni. Kau tahukan, dunia luar langsung tak memberi makna kepada kita. Sejak dulu lagi aku berharap dunia macam ni wujud dan aku dah dapat dunia yang aku inginkan, jadi buat apa aku lepaskannya macam tu saja,” kata Darling lagi.
Darling sepertinya. Dahulu dia juga berharap dapat tinggal di sebuah dunia yang boleh dikawalnya. Kini dia sudah dapat. Di Dunia Antasia, dia boleh mengubah suasana di situ dengan hanya menggunakan otaknya. Jikalau dia inginkan sebuah istana yang indah dan cantik, dia akan melihat sebuah istana di hadapan matanya. Jika dia berfikir hendak menjadi seorang permaisuri, dengan sekelip mata sahaja dia menjadi seorang pemaisuri. Malah, semua itu bukannya sekadar angan-angan tetapi ianya seperti wujud.
Dunia Antasia adalah dunia yang menyeronokkan! Tetapi, entah kenapa dia dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang buruk akan terjadi dan sekarang, dia tidak pasti apakah yang perlu dilakukannya…
Tarikh: 1 Ogos 2008
Masa : 10.00 pagi
Lokasi : SMK Sri Merdeka
“Sky dah beri amaran kepada kami supaya tidak mempercayai apa-apa yang keluar dari mulut kau, Princess,” kata Juliet menghampiri Luna yang ingin berjumpa dengannya tepat waktu rehat di taman sains yang sesuai untuk menjadi tempat bertemuan memandangkan taman itu tidak digemari oleh pelajar-pelajar sekolahnya. Ini kerana keadaan taman itu yang tiada tempat duduk atau tempat berteduh.
“Tapi, dia hanya memberi amaran bukannya arahan. Kau ingin berjumpa dengan aku dan aku bersetuju untuk berjumpa dengan kau memandangkan ada sesuatu yang aku nak tanya,” kata Juliet lagi.
“Jangan risau, ini bukannya pasal rancangan korang bertiga,” balas Luna.
Dia sendiri pun tidak tahu adakah dia mempercayai Juliet tetapi dalam hal ini, dia perlu dapatkan nasihat daripada seorang senior walaupun dia tidak tahu adakah Juliet akan menolongnya menyelesaikan masalahnya itu.
...bersambung
Bab akan datang:
Apakah yang ingin ditanyakan Juliet?