Chapter 92

Fantasy Completed 9131

Bab 92

Ini bermakna, mereka semua sudah berkomplot dengan Lady Sofea sendiri untuk menyingkirkan tempat sekumpulan masing-masing.

“Penipu! Pertandingan ini tak sah! Kamu semua penipu dan Lady Sofea sendiri pilih kasih! Sila adakan permainan ini lagi sekali dan jalankan dengan adil!” Hanna bersuara membantah keputusan permainan itu.

“Penipu? Layak ke kamu kata saya penipu?” Lady Sofea memandang Hanna dengan mata galaknya. Masing-masing gerun dengan wajah Lady Sofea yang bagaikan ingin memakan orang itu.

“Bukan ke saya sudah kata awal-awal lagi. Jangan anggap permainan ini sebagai satu permainan yang sia-sia sehingga korang semua leka! Jangan nak tuduh saya yang bukan-bukan hanya kerana korang gagal melindungi kad Antasia korang! Dengar sini baik-baik, saya sudah adakan permainan ini dengan adil tapi kamu seorang sahaja yang tidak ambil perhatian!”

Sunyi. Tiada siapa pun yang berani bersuara.

“Saya berasa kesal dengan korang semua yang begitu lurus bendul. Matlamat Queen di Dunia Antasia ialah melahirkan ahli yang bijak pandai selain hebat dalam ilmu yang diajar. Kalau permainan senang begini pun korang gagal harunginya, macam mana nak memegang Dimensi Queen untuk generasi seterusnya?” Suria memulakan bicaranya. Seperti Lady Sofea, dia tersenyum sinis.

“Kalau mereka tak perdayakan kami, kad kami takkan hilang!” Rissa berkata dengan lantang.

“Siapa suruh awak percayakan kawan awak sendiri? Ada saya suruh?” Lady Sofea menjawab. “Itu adalah masalah awak dengan kawan awak dan bukan masalah saya. Bukankah saya kata, saya tak peduli sama ada korang semua menggunakan teknik kotor sebab apa yang penting adalah menang dan kalah. Itu saja. Mungkin, ini adalah pengajaran yang korang semua perlu belajar di kemudian hari. Jangan sesekali percayakan kawan sendiri.”

“Tapi, takkan tiada langsung peluang buat kami semua?” Luna berkata sambil memandang Darling yang tersenyum.

“Maaf. Seperti dalam pertarungan. Kita tiada peluang kedua. Orang yang kalah tetap akan kalah,” Serentak dengan itu api yang kuat muncul di tengah-tengah di antara mereka. “Sebentar nanti, anda semua akan menyaksikan kawan-kawan yang anda percaya ini akan membakar kad Antasia anda. Selepas sahaja kad anda dibakar, anda perlu meminum air dibelakang anda itu. Jangan takut, itu bukan racun tetapi air itu berfungsi untuk mencuci otak anda. Dengan ini, anda akan lupakan tentang Dunia Antasia dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Dunia Antasia.” Ujar Lady Sofea tersengih.

Luna Lusia dan rakan-rakan yang lain berpaling memandang air jernih di belakang mereka. Masing-masing tidak pasti, sejak bilakah air mineral itu berada di belakang mereka.

“Baiklah, kita bermula dengan Flame,” Suria menjeling pandang ke arah gadis berambut perang pendek itu. “Kad yang ada pada Flame sekarang adalah kad Rissa. Rissa, tolong bersedia.” Suria sekadar tersenyum.

“Kenapa kau buat macam ni?!” Rissa menjerit seperti orang histeria sebaik sahaja kad Antasia miliknya dijilat api. “Aku takkan menyerah kalah! Aku takkan! Jangan haraplah aku nak minum air tu!”

Dengan pantas Rissa berlari ke luar. Namun, belum sempat Rissa melangkah ke luar, tubuhnya jatuh tertiarap di atas lantai. Darah mengalir dengan deras dari tubuh Rissa setelah sebilah pisau panjang menusuk ke jantungnya. Rissa mati dengan serta merta!

Luna hampir sesak nafas melihatnya. Begitu juga dengan mereka yang lain. Masing-masing tidak menyangka keadaan akan bertambah menjadi buruk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience