Get the app for full experience
Bab 107
Say goodbye…. Kemudian, dia tersenyum.
Mereka berempat kemudiannya melangkah dengan penuh bersemangat ke pintu masuk untuk ke Dunia Antasia. Sebentar sahaja lagi, dunia mereka akan berubah. Sebentar sahaja lagi, Dunia Antasia yang mereka paling benci itu akan lenyap buat selama-lamanya. Inilah masanya untuk menghapuskan Dunia Antasia iaitu ketika Game Over berlangsung.
Game Over adalah sejenis permainan yang menguji ketangkasan ahli di setiap Dimensi dalam beradu tenaga di Dunia Antasia. Selalunya Game Over dijalankan setiap sekali setahun. Pada masa inilah keempat-empat Dimensi menunjukkan kekuatan masing-masing untuk merebut tempat ‘Istimewa’ yang ditawarkan oleh pihak Admin. Ini termasuklah kedudukan istimewa di Dunia Antasia dan pangkat.
Hanya ahli yang begitu taksub sahaja yang akan bermati-matian untuk memperolehi kejayaan dalam Game Over ini. Tetapi bagi Luna dan mereka bertiga, Game Over merupakan peluang terbaik kerana pada masa ini mereka akan menemui Admin atau organisasi sebenar yang terlibat dalam mewujudkan dunia yang penuh penipuan ini. Hanya itu sahaja caranya untuk memusnahkan Admin.
Tiba-tiba handset Luna dalam poketnya bergegar. Panggilan daripada Lucas namun, dibiarkannya begitu sahaja. Mungkin sudah terlambat dia ingin beritahu tentang segalanya. Lagipun, pasti Lucas tidak akan percaya dan menganggapnya mereka-reka cerita. Tanpa mempedulikan telefon bimbitnya bergegar dalam poket jeket yang dipakainya, langkahnya terus laju menuju ke pintu gerbang.
Kemudian, langkahnya terhenti apabila menyedari ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Bukan dia sahaja tetapi Sky, Romeo dan Juliet juga terasa begitu. Dia yang berada di tingkat tiga memandang ke tingkat bawah. Dari atas, Luna dapat melihat beberapa orang berpakaian kemas seperti pakaian pejabat, memakai kod hitam, bertali leher, bercermin mata hitam dan berjalan membawa sebuah beg yang sama.
“Angle.” Juliet berkata. “Mereka tahu pasal perjumpaan ni?” soal Juliet lagi memandang seorang demi seorang rakannya. Masing-masing tidak dapat memberi jawapan yang pasti.
“Yang pasti, mereka datang bukan sebab nak sapa ‘hai’,” kata Romeo yang tidak berkelip memandang beg yang mereka bawa itu. “Bom Neutron.”
“Perlu ke kita bertindak seperti hero dengan beritahu mereka yang tak tahu dibawah sana?” tanya Juliet inginkan pendapat masing-masing. Tetapi masing-masing tidak memberi kata putus.
“Ya. Kita bukannya hero yang berlagak nak selamatkan mereka semua.” Ujar Juliet lagi seperti dapat membaca fikiran rakan-rakannya yang lain. Tanpa mempedulikan orang-orang Angle yang berniat untuk meletupkan pusat membeli belah itu, Juliet menyambung langkahnya kembali.
Begitu juga dengan Romeo dan Sky. Walaupun berasa berat hati hendak lepaskannya begitu sahaja tetapi Luna terpaksa menerima hakikat bahawa dia tidak mampu hendak berbuat apa-apa. Ya. Satu perkara yang harus diingat. Dia bukannya superhero yang dilahirkan untuk menyelamatkan nyawa manusia.
...bersambung
Bab akan datang:
Apakah yang berlaku seterusnya?