Bab 67
“Jadi apa dia yang merusingkan kau?”
“Apa sebenarnya fungsi Dunia Antasia?” tanya Luna tepat pada soalan yang menganggu fikirannya sejak malam tadi.
Juliet yang mendengarnya tergamam seketika. Kemudian, Juliet ketawa kelucuan. Luna tidak tahu apakah yang membuatkan Juliet ketawa. Dia cuma inginkan jawapan yang tepat dan logik.
“Kau adalah orang yang kedua yang tanya soalan tu,” jawab Juliet.
“Orang kedua?”
“Orang yang pertama bertanya soalan tu adalah Sky,” jawab Juliet lagi.
“Tak sangka aku boleh dengar lagi orang bertanya soalan tu.”
“So, kau ada jawapan tentang soalan tu?”
“Jawapan tu adalah sebab kenapa kami bertindak untuk melenyapkan Dunia Antasia,” jawab Juliet. “Pertama kali kami ingin beritahu, kami bukannya hero atau seseorang yang ingin menjadi superhero untuk selamatkan dunia tapi kami fikir ini adalah perkara yang betul yang perlu dilakukan walaupun terpaksa mengorbankan nyawa sendiri.”
“Itu bermakna….”
“Dunia Antasia bukanlah dunia yang kita idam-idamkan selama ini. Admin mengumpan kita semua menjadi salah satu experimen mereka tetapi dalam masa yang sama mereka sebenarnya ingin membina sekumpulan askar yang boleh membinasakan dunia. Itulah Dunia Antasia.”
“Hah?” terkejut Luna jawapan daripada mulut Juliet.
Dia tidak rasa Juliet sedang bergurau dengannya atau sedang berlakon supaya membuatnya takut. Wajah Juliet sekarang merupakan bukti jelas bahawa apa yang diberitahu itu adalah benar.
“Kau dah terlepas cakap, Juliet,” satu suara tiba-tiba menyapa di belakang Luna.
Luna pantas berpaling. Dia terkejut melihat Sky dan Romeo berada dibelakangnya.
“Kau bukan ketua, Sky dan aku bukan anak buah kau yang perlu ikut arahan kau,” kata Juliet.
“Tapi kau dah lupa perjanjian kita, satu rahsia bocor, orang itu akan dihapuskan,” ujar Sky memandang Juliet dengan tajam.
Tiba-tiba sebuah pedang emas muncul di tangan Sky. Luna sendiri terkejut dengan situasi cemas itu. Akan tetapi dia berasa hairan apabila beberapa orang pelajar yang turut berada di sekitar itu tidak menyedari apakah yang sedang berlaku sekarang.
“Ilusi,” akhirnya Luna mendapat jawapannya.
Mereka tidak dapat melihat apakah yang sedang berlaku sekarang dan apa yang menarik lagi, mereka langsung tidak menyedari bahawa dia, Juliet, Sky dan Romeo berada di situ. Mungkin pada pandangan mata kasar pelajar-pelajar di sekitar itu, taman itu kosong!
Tetapi apa yang membuatnya tertanya-tanya sekarang, bagaimana mereka boleh menggunakan Illusion di dunia nyata? Luna pernah cuba menggunakan apa yang diajar di Queen di dunia nyata tetapi tidak berjaya.
“Sky, kau jangan lupa. Korang semua berada di bawah kawalan aku,” Juliet tersenyum memandang Sky yang sudah menghumus mata pedangnya ke leher Juliet. Juliet sedikit pun tidak menunjukkan perasaan takut dengan tindakan Sky itu.
...bersambung
Bab akan datang:
Adakah Sky sanggup membunuh Juliet?
Share this novel