Chapter 7

Fantasy Completed 9131

Bab 7

Tarikh : 3 Mac 2010
Masa : 1.00 petang
Lokasi : Hospital Kuala Lumpur

“Lucas!”

Lucas terjaga setelah namanya dipanggil. Namun, dia tidak terdaya untuk membalasnya mahupun membuka matanya. Seolah-olah ada satu kuasa yang menolaknya supaya ke lembah kegelapan.

“Lucas.” panggil suara itu lagi.

“Lucas. Bertahan!” Mama memberikan kata perangsang dengan nada sebak. Namun, dia tidak boleh berbuat apa-apa selain mendengar. Seluruh tubuhnya menjadi kaku. Matanya tidak boleh dibuka atau lebih tepat lagi, dia tidak tahu bagaimana hendak membuka matanya. Seluruh pergerakannya seakan-akan terkunci tetapi dia masih dapat mendengar suara tangisan mamanya dan beberapa suara lain yang begitu asing baginya.

Kemudian sekali lagi dia hanyut...

“Lucas,” suara Luna pula kedengaran. “Boleh aku tanya sesuatu?”

“Tanya sajalah.”

“Kenapa kau tak dapat terima kehadiran aku?”

Dia merenung Luna yang menanti jawapan daripadanya.

“Bukan tak dapat terima,” dia bersuara.

“Habis tu?”

“Kau kena faham, dunia kita berbeza,” jawabnya ringkas.

******

Perlahan-lahan Lucas membuka kelopak matanya yang masih lagi terasa berat. Walaupun tiada tenaga, namun digagahi jua untuk mencelik matanya.

“Lucas,” suara milik mamanya kedengaran. Rasanya seperti sudah lama dia tidak mendengar suara mamanya itu. Dia terasa tangannya kanannya digenggam. Mamanya masih lagi memanggil-manggil namanya.

Akhirnya dia melihat cahaya putih setelah berjaya membuka mata. Suara tangisan mamanya jelas kedengaran. Setelah matanya separuh celik, barulah dia dapat melihat dengan jelas. Dia sedang terbaring lemah di atas katil di sebuah bilik yang asing. Kemudian, dia dapat melihat wajah mamanya dengan jelas. Mamanya masih lagi menangis. Tetapi mengukirkan senyuman. Barangkali gembira melihatnya sudah sedar daripada tidur.

“Ma...,” dia ingin berkata begitu tetapi dia masih lagi tiada tenaga untuk berkata-kata. Malah, topeng pernafasan yang terlekat di antara mulut dan hidungnya menyukarkannya untuk berkata-kata.
Otaknya seperti tidak dapat berfungsi dengan baik. Dia langsung tidak dapat berfikir ataupun mengimbas kembali bagaimana dia boleh terbaring lemah di atas katil. Kemalangankah? Semakin dia cuba berfikir, semakin kuat kepalanya sakit. Semakin kuat kepalanya sakit, semakin kuyu matanya untuk bertahan. Akhirnya, dia mengaku kalah.

Dia kembali ke alam mimpi…

Tiada lagi suara mamanya kedengaran….

******
“Baguslah kau dah sedar,” suara manja itu menyapanya sebaik sahaja dia mencelik mata. Gadis yang tidak lekang dengan senyuman itu ditatapnya lama.

“Luna,” akhirnya dia mampu berkata-kata. Alat bantu pernafasan yang dipakainya sudah ditanggalkan.

“Mmm… bagusnya kau masih ingat aku lagi,” dia masih lagi mengukir senyuman.

“Apa dah berlaku sebenarnya?” Lucas bertanya setelah dia berjaya duduk daripada baringnya tadi.

“Kau pengsan,” jawab Luna pendek.

“Sebab apa?”

Gadis itu sekadar tersenyum. Dia kemudiannya bangun menuju ke tingkap yang terbuka luas. Lucas hanya mampu mengikut langkah gadis itu dengan ekor matanya.

…bersambung

Bab akan datang:
Adakah Luna akan memberitahu Lucas kenapa dia berada dalam keadaan begitu? Benarkah Luna ada di situ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience