Chapter 68

Fantasy Completed 9131

Bab 68

Luna dapat merasai mereka berdua kini bukannya sedang berlakon di hadapannya. Sky benar-benar memaksudkannya. Namun, belum sempat Luna ingin berbuat apa-apa Sky sudah memulakan langkah menghayun pedangnya seperti ingin memenggal kepala Juliet.

Tetapi Juliet terlebih dahulu melenyapkan dirinya sebaik sahaja mata pedang Sky hampir memisahkan kepala daripada badannya. Kemudian, mereka dikejutkan dengan kemunculan beberapa kepingan cermin di sekeliling mereka. Bayang mereka bertiga memantul pada deretan kepingan cermin itu tetapi bayang Juliet langsung tidak kelihatan.

“Kau patut cuba teknik baru, Juliet,” kata Sky mengeluh. Lagaknya seperti orang yang muak dengan situasi itu. Seolah-olah kepingan cermin yang dilakukan oleh Juliet itu langsung tidak akan memberi kesan kepadanya.

“Aku memang suka teknik lama daripada teknik baru.” Suara Juliet bergema di telinga mereka.

“Okey, walau apa pun selamat tinggal,” Sky sudah bersiap sedia dengan pedang di tangannya.

“Oh, aku paling suka yang ni,” Romeo di belakang Luna bersuara seperti enjoy dengan perlawanan yang berlangsung di depannya sekarang.

“Ada sesuatu yang tak kena…,” Luna dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena yang sukar dijelaskan. Dia pasti, semua itu adalah perangkap dan jikalau Sky masih berkeras untuk menyerang balas Juliet, mungkin….

“Macam mana nak hentikan semua ni?” tanya Luna kepada Romeo.

“Kau tak boleh,” jawab Romeo yang masih seronok dengan situasi itu.

“Apa?”

“Kami ada kebolehan istimewa yang setakat ini ahli Antasia yang lain pun tak boleh lakukan di dunia nyata,” terang Romeo. “Jikalau kau nak hentikan mereka berdua, kau mesti ada kebolehan istimewa itu tapi Sky dan Juliet bukannya calang-calang orang. Silap hari bulan yang terbunuh adalah kau sendiri.”

“Hari bulan tak pernah silap,” kata Luna sebelum berlari menghampiri Sky. “Sky, hentikannya,” kata Luna entah dari mana dia perolehi kekuatan itu. Sememangnya dia takut dengan situasi sekarang dan bila-bila masa sahaja nyawanya boleh melayang apabila jikalau dia masih berdegil di tengah-tengah perlawanan itu.

“Tepi,” kata Sky sepatah dengan nada yang dingin. Luna dapat melihat dengan jelas wajah Sky sekarang. Bengis dan menggerunkan.

“Dengar apa yang aku nak cakap ni. Kalau kau masih nak teruskan, kau yang akan kalah,” kata Luna lagi. Dia masih ingin menyelamatkan situasi sekarang daripada bertukar menjadi lebih buruk.

“Tepi!”

“Kalau kau musnahkan cermin tu, kau tetap akan kalah. Ini adalah salah satu bentuk serangan balas. Mungkin cermin tu adalah senjata untuk mengelirukan pihak lawan tapi sebenarnya cermin tu adalah senjata yang senang untuk tumpaskan pihak lawan. Juliet menggunakan teknik bayangan dengan menarik bayangan kita masuk ke dalam cermin itu. Jikalau kau tetap nak musnahkannya, kau dah musnahkan sebahagian daripada bayangan kau sendiri.”

...bersambung

Bab akan datang:
Adakah Sky akan mendengar cakap Luna?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience