Bab 56
“Takkanlah… mereka punya kerja?” teka Luna terlintas difikirannya. Entah kenapa tiba-tiba dia mula mengesyaki mereka bertiga yang melakukan semua ini. Tapi bagaimana?
“Saya dengar Sky bersekolah dengan awak,” satu suara menyapanya tiba-tiba.
Pantas Luna berpaling dan melihat seorang gadis yang memiliki lesung pipit di kedua-dua pipinya sedang tersenyum di sebelahnya sekarang.
“Awak?” sapa Luna yang tidak mengenali gadis itu tetapi apa yang dia tahu, gadis itu adalah seniornya di Antasia. Orangnya setakat ini, tidak suka menonjolkan diri berbanding ahli senior yang lain.
“Panggil Suria,” gadis itu memperkenalkan diri.
“Oh, Suria. Sorry, saya tak kenal sangat nama-nama senior.”
“Tak mengapa,” dia membalas dengan mesra.
“Tapi, bagaimana awak tahu pasal Sky satu sekolah dengan saya?” tanya Luna.
“Mungkin awak belum belajar lagi, dalam peperangan maklumat adalah senjata yang paling penting. Jadi, kalau ingin berjaya, mestilah dapatkan maklumat walaupun orang kata mustahil. Sky adalah salah seorang ahli yang hebat, jadi tak hairanlah kalau orang lain inginkan maklumat tentangnya. Jadi, betullah dia bersekolah di sana?”
Luna sekadar mengangguk.
“Dan boleh saya dapatkan bantuan daripada awak?”
“Bantuan apa?”
“Laporkan semua gerak geri Sky kepada saya.”
“Untuk apa?”
“Hal senior. Mungkin sekarang awak takkan faham. Apabila awak dah masuk ke level seterusnya, awak akan faham kenapa kita perlu bersaing dengan Dimensi lain. Maklumat daripada Sky sangat berguna untuk Queen supaya tidak ketinggalan lagi.”
“Tapi….”
“Awak jangan risau, ini bukannya peperangan,” dia tersenyum ketawa seperti dapat memikirkan apa yang Luna sedang fikir sekarang ini. Cara Suria kata seperti ingin menakhluki sesuatu dengan menggunakan taktik kotor.
“Tapi, saya tak rapat dengan Sky,” kata Luna. Tidak kira apa yang sedang diusahakan oleh Suria sekarang, Luna tidak mahu terlibat dalam apa-apa bentuk permainan sekali pun. Ini lebih baik daripada terlibat dalam satu permainan yang boleh melanggar peraturan Antasia.
“Oh,” Suria mengangguk faham. “Kalau macam tu tak mengapa tapi kalau ada apa-apa yang tidak kena, boleh tak awak cepat-cepat laporkan kepada saya dan saya akan terus laporkan kepada Lady Sofea.”
“Kalau macam tu, lebih baik saya terus laporkan kepada Lady Sofea,” balas Luna lagi. Bukannya dia tidak menghormati Suria sebagai senior tetapi baginya lebih baik dia sampaikan terus kepada Lady Sofea jikalau ada apa-apa yang tidak diingini berlaku.
“Oh, kalau macam tu… lebih baik,” Suria kelihatan teragak-agak menjawabnya. “Err… saya perlu pergi sekarang. Sepatutnya kita tak boleh berbual macam ni di luar. Tapi walau apa pun selamat berkenalan,” dia menghadiahkan senyuman manis sebelum berlalu meninggalkan Luna seorang diri.
Tarikh : 8 April 2008
Masa : 9.20 pagi
Lokasi : SMK Sri Merdeka
“Luna Lusia!” suara garau Puan Rubiah menerjah ke telinganya membuatkan Luna terus tersentak daripada mimpinya yang lena.
...bersambung
Bab akan datang:
Mengapa Suria mahukan maklumat mengenai Sky? Apa rancangannya?
Share this novel