Chapter 10

Fantasy Completed 9131

Bab 10

Berpuluh-puluh helaian keratan surat khabar yang diberi oleh mamanya tadi membanjiri wad yang dihuninya. Tiada satu berita pun yang terlepas daripada pandangan matanya. Setiap baris dan patah perkataan dibacanya dengan teliti. Bermula daripada kejadian letupan aneh itu sehinggalah berita pada hari ini. Lebih memilukan apabila dia memandang gambar Luna Lusia yang turut tersiar pada beberapa keratan akhbar yang melaporkan mangsa yang hilang.

Pihak polis mengambil masa hampir sebulan untuk mencari barangkali ada mangsa lain yang tinggal tetapi akhirnya mereka menutup operasi mencari dan sehingga ke hari ini Luna masih tak dapat ditemui. Pihak polis yang kebuntuan, telah menutup kes ini dan menganggap Luna mungkin tidak berada di sana semasa kejadian itu berlaku.

“Tapi, beberapa hari kemudian, pihak polis datang ke rumah dan mengesahkan Luna berada di situ setelah menemui telefon bimbit Luna di sana. Tetapi mayat Luna masih lagi belum ditemui.
Kehilangannya dianggap misteri.”

“Mungkin dia ada di tempat lain.”

“Itu yang mama fikir, tapi sampai ke hari ini, Luna masih belum muncul. Pelbagai usaha mama lakukan untuk mencari Luna tetapi sehingga ke hari ini tiada hasil. Malah pihak polis juga telah menutup kes ini. Mereka menganggap Luna sudah tiada lagi.”
Berpuluh-puluh helai keratan kertas surat khabar yang diberi oleh mamanya tadi, membanjiri wad yang dihuninya itu. Tiada satu berita pun yang tidak terlepas dari padangan matanya. Dia membacanya setiap baris dan perkataan. Bermula daripada kejadian letupan aneh itu sehinggalah berita ke hari ini. Lagi memilukan apabila dia memandang gambar Luna Lusia yang turut tersiar pada akhbar itu sebagai mangsa yang hilang.

Ada sedikit berita tentang dirinya tetapi dia hanya membaca sepintas lalu. Berita tentang Luna adalah lebih penting buatnya pada ketika ini. Dia tidak ingin mengambil tahu siapa yang bertanggungjawab mengakibatkan beribu-ribu orang meninggal dunia secara mengejut. Dia juga tidak ingin tahu misteri di sebalik kejadian itu. Apa yang penting sekarang, dia ingin tahu sama ada Luna masih hidup atau tidak.

Dia juga ingin tahu, siapa yang dia jumpa tadi. Benarkah gadis itu adalah Luna? Jika betul, pasti Luna masih hidup tetapi kenapa mamanya berbohong? Kenapa semua laporan akhbar yang dibacanya tadi turut membohonginya. Jangan-jangan semua ini merupakan rancangan mama dan Luna yang ingin membalas apa yang telah dilakukan olehnya.

“Mama tipu!” jerit Lucas.

Mariam tergamam melihat keadaan anaknya itu. “Mama tipu. Mesti mama dah berpakat dengan Luna nak tipu saya. Saya tahu Luna masih hidup. Suruh dia keluar sekarang!”

“Lucas, bertenang. Luna memang dah tak ada. Buat apa mama nak tipu?”

…bersambung
Bab akan datang:
Mengapakah Lucas menganggap mamanya telah menipu mengenai hal kematian Luna?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience