Chapter 16

Fantasy Completed 9131

Bab 16

Luna tidak berkata apa-apa selain memandangnya dengan tajam sebelum menghayun tangan yang terdapat senjata tajam itu ke leher Lucas. Dengan kejam dan tanpa berperikemanusiaan. Serentak dengan itu, dairi yang dipegang oleh Lucas tadi jatuh ke bumi. Dia dapat merasai kesakitan pada lehernya seolah-olah lehernya sudah terpisah dari badannya sendiri.

******

Lucas terjaga daripada mimpi ngeri. Dia terus bangun dari baringnya. Dadanya berombak kuat. Jantungnya seakan tercabut. Dia seperti baru sahaja menghabiskan larian 500 meter. Menyedari semua itu hanyalah mimpi, dia beristighfar banyak kali. Seumur hidupnya dia tidak pernah bermimpi ngeri seperti itu. Apatah lagi yang ingin membunuhnya itu adalah Luna Lusia!

Dia melihat jam yang terlekat pada dinding biliknya. Jarum jam panjang sudah berada di angka 8. Lantas dia bangun daripada duduknya dan menggeliat membetulkan otot-ototnya. Dia membuang jauh-jauh mimpi ngeri yang dialaminya tadi. Mungkin dia terlampau memikirkan Luna Lusia sehingga dia termimpi yang bukan-bukan mengenainya.

Langkahnya diatur jendela tingkapnya yang masih tertutup dengan sehelai kain langsir yang tebal sehinggakan kadangkala cahaya matahari pun tidak boleh memancar masuk ke dalam biliknya. Kain langsir diselak sehingga ke tepi untuk membiarkan cahaya matahari masuk ke dalam biliknya.

Akan tetapi tiada langsung cahaya matahari yang masuk. Di luar kelihatan gelap. Mendung? Dia melihat awan dari jendela kaca itu. Tiada pula awan mendung kelihatan kecuali bulan dan bintang!
“Dah malam?” Dia bertanya kepada dirinya sendiri.

Kepalanya digaru-garu walaupun tidak gatal. Seingatnya, dia pulang ke rumahnya dari hospital pada waktu malam dan kemudian masuk tidur. Tak mungkin dia hanya tidur beberapa saat saja. Lagipun sekarang baru sahaja jam 8.00 malam. Takkanlah waktu terundur. Atau mungkin dia sudah tidur satu hari tanpa sedar!
Lucas sekadar menghela nafas lemah. Dia sedar. Dia sudah terlajak satu hari tidur sehingga bangun pada waktu malam hari. Tapi yang aneh, mamanya langsung tidak mengejutkannya.
Tanpa memikirkan lagi, Lucas segera mencapai tuala mandinya dan berlalu ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Setelah melengkapkan diri dengan baju-T dan seluar bawah paras lutut yang selalu dipakainya apabila berada di rumah, dia berlalu keluar dari biliknya.

“Lucas, baguslah kamu dah bangun. Mama baru saja nak kejut. Jom makan.” Panggil Mariam yang sedang menghidang lauk di atas meja makan. Ayahnya, kelihatan baru sahaja habis sembahyang, sudah duduk di meja makan.

“Kenapa mama tak kejut bangun pagi?” Dia menyoal sambil duduk di tempatnya.

“Sengaja. Doktor kata kamu perlukan rehat lagi, sebab tulah mama tak nak ganggu kamu.”

“Yelah tapi takkanlah nak tunggu malam baru nak suruh saya bangun. Inipun saya yang terjaga sendiri, kalau tak mungkin sampai ke pagi esok saya tidur.”

Mamanya sekadar tersenyum.

…bersambung

Bab akan datang:
Apakah yang akan dilakukan oleh Lucas sepanjang berada di rumah? Masih ingatkah dia tentang Katerina?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience