Get the app for full experience
Bab 61
Kalau berkurung tu tak menyusahkan orang tak apalah tapi kau tak makan, tak minum! Orang panggil makan kau buat tak tahu dan yang jadi mangsanya siapa? Aku jugak!” Lucas meluahkan segala kemarahan yang telah lama terbuku di hatinya.
“Sorry, aku tak berniat….”
Belum sempat Luna ingin menghabiskan ayatnya, Lucas telah terlebih dahulu memotong.
“Tak guna kau minta maaf. Dah banyak kali aku dengar maaf daripada kau tapi kau memang tak pernah nak berubah. Hey Luna, sesuatu yang kau perlu tahu, kau bukannya tuan puteri yang boleh mengarah orang lain menghiburkan kau tapi kau hanyalah manusia biasa sahaja. Boleh tak, tolong jadi orang yang matang, tahu berfikir dan tak menyusahkan orang lain?”
Luna terdiam dan tunduk memandang bawah.
“Sekarang ni aku nak tanya kau, apa masalah kau sekarang?” tanya Lucas.
Luna menggeleng.
“Jadi, kalau tak ada masalah tapi kenapa kau nak kurung diri dalam bilik tu?”
“Kan aku cakap, aku buat kerja sekolah.”
“Buat kerja sekolah sampai tak nak turun makan?!”
Luna sekali lagi senyap. Dia tahu dia sudah kebuntuan idea untuk menjawab.
“Macam nilah. Aku tak tahu apa masalah kau dan sebenarnya aku tak nak tahu apa masalah kau. Kau dah besar dan dah tahu berfikir. Satu sahaja yang aku minta. Kalau kau ada masalah, tolong jangan libatkan orang lain dan selesaikan sendiri masalah kau. Aku tak ada masa nak layan kau untuk gembirakan kau macam ni sebab aku pun ada kehidupan aku sendiri. Kau kena fikir, aku pun ada masalah. Jangan hanya pentingkan diri kau sahaja. Cuba berfikir juga untuk orang lain.”
Luna sekali lagi mengangguk. Dia ingin meminta maaf tetapi dia tahu sia-sia sahaja dia minta maaf. Lucas ternyata sudah lali dengan ucapan maaf daripadannya.
“Aku harap ini kali terakhir aku dipaksa balik ke rumah sebab nak pujuk kau. Aku buat ni bukan sebab kau tapi sebab mama. Aku tak nak mama kecewa dan susah hati. Jadi, mulai hari ni kau fikirlah tentang perasaan orang lain juga kalau tidak mungkin aku akan buat tak endah dengan kau lagi. Lantaklah kau nak buat apa!” Kata Lucas seperti sudah malas hendak menasihatinya lagi. Tanpa berkata sepatah pun, Lucas segera menyambung pemanduaannya.
Kereta yang dipandu Lucas berhenti di hadapan pintu utama pusat beli-belah Antasia. Sepanjang perjalanan tadi, mereka berdua membisukan diri. Lucas tidak berkata apa setelah meluahkan segala kemarahannya. Manakala Luna pula tidak berani hendak berkata sepatah pun walaupun dia ingin menjelaskan sesuatu.
“Aku hantar sampai sini. Aku ada hal sikit. Jam 8.00 malam nanti aku jemput kau,” kata Lucas.
...bersambung
Bab akan datang:
Bagaimana untuk Luna jelaskan pada Lucas tentang Antasia?