Chapter 95

Fantasy Completed 9131

Bab 95

“Bagaimana dengan ilusi? Bukan ke itu hanya boleh digunakan di Antasia dan hanya ahli Jewel sahaja tahu menggunakannya?” tanya Flame ingin mengetahui dengan lebih lanjut.

“Jawapannya sama seperti Lady Sofea menghidupkan api yang marak ni,” jawab Luna sambil tersenyum. Wajahnya masih tenang. Dia kemudian memandang Darling yang terduduk tidak percaya dengan apa yang berlaku. Wajahnya langsung tidak menunjukkan sebarang rasa simpati pada Darling.

Kemudian Lady Sofea bertepuk tangan.

“Diharap Lady Sofea dapat bertindak secara adil,” ujar Luna Lusia sebelum mengangkat kaki meninggalkan Café Queen 99 dengan kemenangan.

Dari jauh, dia mendengar Darling menjerit seperti orang histeria. Tetapi Luna masih meneruskan langkahnya tanpa sekumit rasa belas kasihan pada Darling langsung!

Benar sangkaan aku. Dunia Antasia bukanlah sebuah dunia yang penuh keseronokan sebenarnya. Aku mula mengetahuinya apabila mengkaji secara senyap tentang Dunia Antasia dan akhirnya mendapat tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Malah, Lady Sofea bukanlah seseorang yang aku sangka selama ini. Dia mungkin kelihatan baik di hadapan kami tetapi sebenarnya dia memiliki hati hitam yang akan memusnahkan sesiapa sahaja yang dia inginkan.

Aku ingin beritahu Darling tetapi selepas tahu Darling sedang merancang sesuatu yang buruk terhadap aku, aku tidak mampu hendak berbuat apa-apa. Aku tahu, aku ada peluang untuk menolong Darling tapi terus terang aku kata, aku tak ingin. Aku bukan pentingkan diri tapi dalam hal ini, aku mesti lebih berhati-hati. Dia seorang kawan yang baik tetapi malangnya dia seorang yang tamak.
Jikalau aku selamatkannya, dia pasti akan tikam aku daripada belakang juga.

Ya. Aku seorang yang jahat. Sanggup bertindak begitu terhadap seorang kawan sendiri tapi sebagai seorang manusia, sikap kejam itu tetap ada. Ini adalah permainan dan permainan umpama peperangan. Dua orang berperang, seorang akan mati dan seorang akan hidup. Yang hidup akan menang dan yang mati akan kalah selama-lamanya.

Mungkin orang tak faham dengan apa yang aku fikir ini dan mungkin juga mereka takkan bersetuju dengan teori aku ini tetapi untuk berada di Antasia dengan selamat, aku perlu jadi seorang yang berani. Berani ambil tindakan dan berani menghadapinya.

Mulai dari hari ini, aku tahu, hidup hitam aku sudah bermula…
Luna Lusia
19 Jun; 2: 15 pagi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience