Get the app for full experience
Bab 44
Mereka hanya dipisahkan dengan garisan merah manakala Dimensi Jewel dan Royal berada bertentangan dari tempat mereka duduk.
“Wah, kacak juga mereka tu,” Darling berbisik di telinga Luna.
“Luna sekadar mengukir senyuman. Memang dia akui kebanyakan ahli Dimensi King mempunyai raut wajah yang kacak dan dapat mencairkan hati perempuan yang melihatnya. Mungkin sebab itulah dimensi dinamakan King.
Luna kemudiannya terpandang seorang lelaki yang duduk jauh daripada rakan-rakannya yang lain. Kedua-dua matanya ditutup rapat sambil tangan kanan lelaki itu menongkat pipinya. Lagak gayanya seperti seorang sedang tidur. Entah kenapa lelaki itu menggamit perhatiannya.
Seperti menyedari ada seseorang yang sedang memandangnya dari jauh, lelaki itu membuka mata dan memandang ke arah Luna. Luna cepat-cepat memalingkan kepala memandang ke tengah dewan.
“Skrin tu akan menjadi penentu siapa yang akan dipilih untuk bertanding. Dengan ni, semua orang akan mendapat peluang untuk berdikir di tengah-tengah padang bawah sana. Mungkin kita akan mendapat lawan yang hebat. Hari ni, kamu semua akan lihat macam mana ahli senior bertanding.” Suara Lady Sofea kedengaran sekali lagi bagi memberikan penerangan kepada ahli baru.
Kemudian, dewan yang hany dipenuhi kurang daripada 100 orang itu menjadi gamat dengan sorakan terutama sekali daripada ahli-ahli Dimensi Jewel. Gambar dan maklumat ringkas soerang ahli senior Dimensi Jewel terpampang pada skrin penentu yang baru sahaja membuat pemilihan peserta untuk acara demonstrasi itu.
Selepas itu, ahli-ahli Dimensi Royal pula bersorak gagah menggamatkan lagi suasana apabila seorang ahli Royal terpilih memasuki pertandingan itu.
Nama: Juliet Nama: Romeo
Dimensi: Jewel VS Nama: Royal
Level: 5 Level: 5
“Romeo VS Juliet,” Luna tersengih. Satu kebetulan yang tidak disangkanya. Kedua-dua mereka yang terpilih untuk acara demontrasi itu kelihatan berlalu masuk ke dalam gelanggang pertandingan yang ditutupi dengan dinding plastik. Masing-masing terutama sekali bagi ahli baru tidak sabar lagi untuk melihat acara demontrasi yang akan berlangsung sekejap sahaja lagi. Masing-masing juga masih bertanya apakah jenis pertandingan yang akan ditonton mereka nanti.
Juliet – Seorang gadis remaja lewat belasan tahun, berambut hitam panjang, memiliki sepanjang anak mata berwarna hitam yang cantik, ditepi matanya diceriakan lagi dengan celak yang tebal, berwajah putih melepak. Manis dan sedikit kelihatan manja.
Romeo – Seorang lelaki yang berusia awal 20an, tinggi lampai, memiliki raut wajah yang dapat memikat mana-mana perempuan melihatnya.
“Biar saya kenalkan. Juliet daripada Jewel – dia merupakan salah seorang ahli JEWEL yang sukar dijangka. Kedudukannya berada di level 5 tetapi saya dapat rasakan levelnya lebih daripada apa yang saya jangkakan. Dia mungkin nampak manja tetapi itu adalah senjatanya. Jangan terpengaruh dengan tingkah lakunya.
…bersambung
Bab akan datang:
Adakah Luna terpilih untuk bertanding di dalam pertandingan tersebut?